Maafkan Lah

Assalamualaikum,hai semua! Kadang bila ikutkan hati marah, rasa susah nak melupakan dan memaafkan tapi sebagai manusia biasa kita semua memang tak lari dari kesilapan kan. Kita semua tak sempurna pun dan ada khilafnya. Maafkan lah! Kak Sue memang sentiasa memaafkan apa saja kesalahan atau kata-katay yang melukakan hati tapi tak tau kenapa agak susah nak melupakan terus dari ingatan. Badan tak cedera diejek, hati luka sukar dipulih. Ya Allah kuatkan lah hati ini, maafkan lah semuanya..


maafkan lah
Maafkan Lah..
Kak Sue nak kongsikan apa yang Kak Sue baca.. 

Maaf sama ada dipohon atau diberi, adalah satu kewajipan. Memaafkan bukan bererti melupakan. Memaafkan bukan bermaksud memberi peluang. Memaafkan hanya menjadi petanda sesungguhnya kita hamba yang akur kepada-Nya, mengakui ketidaksempurnaan seseorang sebagai manusia dan muhasabah diri untuk menginsafi erti satu kesilapan  yang disengaja mahu pun tidak disengaja..

Maafkanlah... walau silapnya sukar diterima. Maafkanlah... walau tak mampu nak berikan peluang seterusnya. Maafkanlah... agar tiada lagi sakit hati dan dendam, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak tenteram di dalam jiwa kita, InsyaAllah...

Post a Comment

6 Comments

  1. Setuju dgn kak sue. orang selalu nampak orang yang memaafkan ni selalunya orang yang lemah. tapi hakikatnya ia di pandang mulia di sisi agama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..biarkan mereka yang suka bersangka-sangka itu..ehehe..

      Delete
  2. Maafkanlah.. Pasti hati kita akan menjadi lebih tenang dan damai. :')

    ReplyDelete
  3. setuju, cara untuk hati mudah peroleh ktenangan, salah satu ialah mmaafkn. wlu sukar tpi itu yg perlu di lakukan, kita insan biasa. siapa la kita untuk menilai insan lain lebih daripada Allah swt =')

    ReplyDelete
  4. ya maafkanlah....moga hati lebih tenang

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️