Aktiviti Baru Adik

Assalamualaikum,hai semua!Lama Kak Sue tak sembang pasal Ustaz Kecik Kak Sue sorang nie.Sibuk dengan urusan sehari-hari dan penuh dengan aktiviti kat rumah nie dari pagi sampai ke malam.Hari nie nak cerita aktiviti baru Adik... setiap petang Adik berpeluang lah buat aktiviti baru nie,aktiviti paling Adik suka..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik setiap petang

Aktiviti Baru Adik, Aktiviti Sihat


Selalu Adik tak berpeluang nak main maklumlah bila ramai-ramai tu tambah Adik masih kecil jadi nak bersaing dengan abang-abang yang lebih besar tak sepadan lah kan.Alhamdullilah kali nie disediakan beberapa biji bola dan dibahagiakan dua kumpulan.Satu untuk Adik dan kawan-kawan dan satu kumpulan lagi untuk abang-abang besar.Kemain bersemangat Adik main,seronok tengok..muka pun ceria aja..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik dengan kawan-kawan sekolah
Kak Sue suka kalau anak-anak Kak Sue ada aktiviti sihat macam nie.Sekurangnya ada keluarkan peluh badan pun sihat kan.Setelah seharian memerah otak menghafal biarlah sebelah petang mereka ada aktiviti sihat dan santai macam nie kan..Ceria aja semua.Untuk aktiviti sebelah petang pelajar diwajibkan pakai t.shirt hitam dan tepat pukul tujuh petang semua pelajar hendaklah bersurai..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik, aktiviti sihat
Haa..tulah aktiviti baru Adik setiap petang sekarang nie.Malam confirm tido awal kepenatan.tapi tengok Adik memang ceria sangat sekarang.Ibu pun rasa seronok sangat tengok perkembangan Adik.Ibu doakan semoga dimudahkan urusan Adik dan anak-anak yang lain, diterangkan hati, sihat walafiat dan cemerlang dunia,akhirat ya..aamiin ya rabb..

Post a Comment

4 Comments

  1. Aktiviti sihat mcm ni memang sangat digalakkan, mana tahu boleh ganti Shafiq Rahim nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kadang badan tu tak berpeluh tak sihat juga..amboi jauh sangat tu..ehehe..

      Delete
  2. bagus aktiviti keluarkan peluh gini. Badan sihat dan otak pun cergas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Linda..nampak Adik ceria betul sekarang..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️