Air Tangan Mak Memang Sedap

Assalamualaikum,hai semua!Kita nie walau dah berkahwin dan pandai masak sendiri..ewah pandai ke masak..hihihi,kita tetap nak makan air tangan Mak kita juga kan.Macam Kak Sue kalau balik kampung memang Mak yang akan masak,dan semestinya air tangan Mak memang sedap..

Air Tangan Mak Memang Sedap dan Dirindui

Macam yang pernah Kak Sue kongsikan kat sini,Mak kalau anak,menantu dan cucu berkumpul memang sakan Mak masak.Dari sarapan,makan tengahari sampai lah minum petang.Kami semua tukang kupas bawang,potong sayur dan kemas dapur.Yang masak mesti Mak,cuma kadang-kadang Kak Sue ditugaskan tumis sayur aja..lain semua Mak yang masak..


Selalunya Mak suka masak cepat,sarapan pagi pun awal pagi semua dah siap.Cuma kadang Kak Sue nie tak boleh nak sarapan awal sangat,nanti sakit perut.Tengahari pun sama,sebelum zohor semua dah siap..tip top!Air tangan Mak memang sedap dan dirindui kami sekeluarga..Puas dapat makan masakan Mak,bertambah kami semua makan..



Kali nie kami sempat berkumpul makan-makan sehari awja sebab sibuk dengan kenduri kendara sedara dan ada kematian kawan baik kepada Adik Kak Sue yang rapat dengan keluarga kami.Tak apa lah janji ada juga waktu untuk kami sekeluarga berkumpul dan makan sama-sama.Rasa tak puas balik kampung kali nie,InsyaAllah kalau ada rezeki dan tak ada aral kamj balik kampung lagi ya Mak..Terima kaaih sebab masakkan untuk kami sekeluarga semoga Mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..lebiu Mak..papai!
Air Tangan Mak Memang Sedap Air Tangan Mak Memang Sedap Reviewed by Kak Sue on February 01, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. yela kan air tangan ibu memang sedap. sedapnyeee masakan kampung

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Powered by Blogger.