Ziarah Adik Lagi

Assalamualaikum,hai semua. Hampir dua minggu Kak Sue tahan hati tak datang ziarah Adik, cuma telefon aja setiap hujung minggu. Bukan apa hari Kak Sue hantar Adik balik ke asrama semula, Adik sedih sangat nak berpisah.. ye lah cuti lama sangat. Kak Sue dan Abang Man janji nak ziarah Adik dalam beberapa hari lepas tu, tapi tak pergi pun sebab nak biar keadaan 'cool down' dulu.. huhuhu..

Ziarah Adik Lagi
Ziarah Adik Lagi

Curi-Curi Ziarah Adik Lagi

Kebetulan ada buat delivery Kelapa Laut ke area Meru, Klang ada lah peluang Kak Sue dan Abang Man singgah sekejap curi-curi ziarah Adik. Kata Abang Man patutnya biarkan Adik dah rasa okay baru kita datang ziarah, tapi Kak Sue rasa nak singgah juga walau sekejap. Risau pula bila dengar biskut atau roti dah tak dibenarkan bawa dari rumah. Kira kalau nak makan, kena kongsi ramai-ramai sebab kesian pada pelajar lain yang tak dibekalkan makanan. Adik pula jenis yang suka mengalah lagi lah risau hati Ibu nie..

Bukan apa risau Adik tu kadang tak makan menu yang dimasak nanti tidur dengan perut kosong pula. Biasa lah anak-anak kan kadang ada makanan yang mereka kurang gemar, macam kita orang dewasa ada yang tak makan ikan,tak makan sotong..sama lah macam anak-anak nie juga. Jadi bila teringat yang satu hal nie risau pula Kak Sue..

Minggu depan InsyAllah ada perjumpaan ibu bapa kat sekolah Adik, jadi bolehlah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah. Rasanya setakat nie Kak Sue berpuashati dengan pengurusan sekolah Adik yang baru. Bab keselamatan, kebersihan dan displin anak-anak memang baik. Semoga semua anak-anak di ATIUW dan pihak pengurusan sekolah Adik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. jumpa minggu depan, papai!
Ziarah Adik Lagi Ziarah Adik Lagi Reviewed by Kak Sue on January 09, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Semoga adik terus berjaya dan sentiasa di lindungi ye kak sue. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Powered by Blogger.