Sabar Perlu Dilatih

January 22, 2017

Assalamualaikum,hai semua.Kata orang sabar itu indah,tapi nak menahan sabar tu bukan mudah.Terus terang Kak Sue bukan sabar sangat orangnya,bukan lah nak bangga bercerita aib diri konon bangga kita nie jenis tak sabar tapi memang itulah diri Kak Sue..yang dulu!Bila dah hampir dengan usia remaja purba nie pelan-pelan Kak Sue latih diri supaya mengawal diri lebih bersabar.Sabar perlu dilatih supaya kita terbiasa dengan diri.Sabar perlu dilatih supaya kita tak melatah nanti dan memalukan diri..

sabar perlu dilatih
Sabar Perlu Dilatih - Sumber Google

Sabar Perlu Dilatih


" Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah " - Hadis riwayat Bukhari

Kadang bila kita dalam keadaan marah,kita memang tak sedar apa yang kita cakap dan buat.Kita tak fikir dah perbuatan dan percakapan kita tu akan melukakan hati dan menjauhkan orang lain dari kita.Kak Sue seboleh - bolehnya cuba nak belajar sabar dan kawal marah kalau ada situasi yang tak menyenangkan.

Bagi diri Kak Sue sendiri,Kak Sue sentiasa beri peluang dan maaf pada orang sekeliling yang berbuat salah pada Kak Sue, kita semua bukan sempurna kan,tapi kalau berulang - ulang kali kesilapan yang sama dibuat,rasanya naik bosan juga kut!Yang pasti Kak Sue tetap memaafkan,tapi akan ambil langkah jauhkan diri itu lebih baik untuk semua pihak

Kita semua nie manusia biasa,kadang ada satu tahap kita rasa tak dapat tahan sabar dah kan.Semoga kita semua cuba untuk terus kawal diri dan istiqomah berubah ke arah lebih baik.Semoga Allah mudahkan urusan kita dan keluarga kita ke arah yang lebih dalam hidup..aamiin ya rabb..!





You Might Also Like

4 ulasan

  1. Betul kata kak sue sebab julia pun sependapat dgn akak...julia baru up entry berkenaan kisah ini kak...terkadang puas sabar dgn org yg bajet bagus...tp kena hadap dgn telinga kebal positif...

    ReplyDelete
  2. Semoga kita dpt lawan nafsu amarah kita semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Indeed !!! setuju dgn sis sue, nak jadi seorang pyabar bukan smudah bkata2

    ReplyDelete
  4. Sampai sekarang saya rasa menyesal sebab saya tak diam apabila marah. Terlanjur perahu boleh diundur, terlajak kata tanggung padahnya =(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.