Resepi Tempe Goreng Ikan Bilis

January 12, 2017

Assalamualaikum,hai semua.Untuk makan tengahari hari nie macam biasa Kak Sue masak menu yang ringkas dan mudah Tempe Goreng Ikan Bilis.Apa bahan yang ada dekat dapur Kak Sue bantai aja masuk sekali semua dalam menu tempe goreng ikan bilis nie janji pedas.Nak keluar cari bahan lain,malas sangat.Jadi masak yang mana ada aja,janji pedas sebab dalam rumah nie semua peminat makanan pedas.Jom kita tengok resepinya..

resepi tempe goreng ikan bilis
Tempe Goreng Ikan Bilis

Resepi Tempe Goreng Ikan Bilis


Bahan-bahan
1 bungkus tempe - digoreng,ketepikan
1 mangkuk kecilikan bilis - digoreng,ketepikan
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawah putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
15 biji cili padi - dikisar,ikut selera masin-masing ya
1 biji cili besar- dipotong nipis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - ditik
1 biji terung - dipotong kecil,ikut suka nak macamana
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan sedikit air biarkan mendidih sekejap,masukkan terung yang dipotong tadi
Bila terung dah empuk dan sebati dengan kuah,boleh masukkan tempe dan ikan bilis
Kemudian masukkan tempe dan ikan bilis,gaul sebati
Akhir sekali masukkan bawang dan cili besar yang dipotong tadi
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa,siap

Mudah aja kan,kalau suka nak letak kicap atau nak tambah sayur lain pun boleh.Kak Sue buat berkuah sikit nie.Selamat mencuba ya..papai!

Untuk resepi tempe yang lain boleh tengok sini Resepi Tempe




You Might Also Like

4 ulasan

  1. Fav ni makan tempe. Buat pedas2. Perghhhh

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa kak :) Nani selalu guna cili kering. Heheh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.