Resepi Pasta Spiral Goreng Pedas

Assalamualaikum,hai semua!Kali nie kita tukar menu lain sikit dari biasa.Rasa jemu makan nasi jadi hari nie Kak Sue tukar ke makanan barat Pasta Spiral Goreng Pedas.Semua bahan dah ada dekat rumah,sebab plan nak masak hari tu tak jadi balik lewat dari belanja barang makanan kat rumah nie.Sebelum nie Kak Sue pernah masak spagetti,tapi kali nak cuba masak Pasta Spiral Goreng Pedas pula.Jom kita tengok resepinya ya..

resepi pasta spiral goreng pedas
Pasta Spriral Goreng Pedas

Resepi Pasta Spiral Goreng Pasta


Bahan-bahan :
1 bungkus pasta spiral 
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
1 cawan tomato puree
1 kiub ayam Knorr
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
6 biji cili padi - dipotong halus,ikut selera korang nak pedas macam mana tau
1 batang lobak merah - dipotong kecil
Sedikit kacang buncis - direbus
Sedikit bunga kobis - direbus
Sayur ikut pilihan korang ya,kalau tak nak letak pun tak apa

resepi pasta spiral goreng pedas
Pasta Spiral Goreng Pedas - Selamat Mencuba

Cara-caranya :
Rebus pasta spiral dengan dua liter air selama 10 minit sehingga empuk,tos dan ketepikan
Goreng dada ayam tadi sehingga kekuningan,ketepikan
Tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau
Kemudian masukkan tomato puree dan tambah setengan cawan air
Biarkan mendidih sekejap,kemudian masukkan lobak merah
Masak sehingga mendidih,kemudian masukkan kiub ayam,ayam yang digorang tadi dan pasta spiral
Biarkan masak sekejap dan boleh perasa dengan garam kalau mahu
Boleh lah dihidang bersama sayur yang direbus tadi kalau suka,siap!

Kadang kita tak tahu nak masak apa kan,jadi boleh cuba resepi Kak Sue nie mudah dan ringkas aja.Selamat mencuba..papai!










Post a Comment

1 Comments

  1. sedap yer menu ni...lain dari yang lain spriral...cun la buat pedas lagi syok nak jamah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️