Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsikan dengan korang Resepi Daging Kam Heong yang Kak Sue jumpa resepi asal di facebook.Cuma Kak Sue awal-awal dah derhaka sikit kat resepi Daging Kam Heong nie sebab bahan utamanya ayam sebenarnya Kak Sue suka hati tukarkan ke daging.Pastu ada lah tambah bahan sikit ikut selera Kak Sue dan keluarga.Kita yang buat dia kan..
Mudah aja nak masak Daging Kam Heong nie sebenarnya,bahannya pun kebanyakannya memang dah ada kat rumah.Tak susah kita nak cari-cari kat kedai,jom kita tengok resepinya jom..
Daging Kam Heong |
Resepi Daging Kam Heong
Resepi Asal : Resepi SedapBahan-bahan
500 gram daging - nak guna ayam pun boleh
2 ulas bawang besar - sebiji dipotong dadu,sebiji dipotong kasar
4 ulas bawang putih - diketuk Kak Sue potong nipis
2 cili merah - Kak Sue potong kecil (ikut pedas masing-maisng)
12 biji cili padi - Kak Sue ptong kecil (ikut pedas masing-masing)
4 tangkai daun kari
2 sudu makan sos cili *
2 sudu makan sos tomato *
2 sudu makan sos tiram *
2 sudu kicap lemak manis *
4 sudu makan serbuk kari - dicampurkan dengan sedikit air
Campur semua bahan bertanda *
garam kalau perlu
Cara-caranya :
Panaskan minyak dan goreng ayam atau daging sehingga masak,ketepikan
Kemudian tumis kan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
Masukkan serbuk kari dan daun kari,kacau
Masukkan bahan yang dicampur yang bertanda * tadi,kacau sebati
Biarkan sehingga sebati, agak pekat dan naik minyak
Akhir sekali masukkan ayam atau daging tadi dan cili
Gaul rata,tunggu beberapa minit dan dah sebati dengan ayam atau daging,siap
Sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba
8 Comments
saved!
ReplyDeletewahhhhh nampak sedap,biasa sue masak kam heong ayam ngan ketam or udang je tak penah try lagi daging,nak try la nanti..
ReplyDeleteAssalam ..
ReplyDeleteWaduh2 masuk sini nampak daging tu ngencess teruss...
Kita nak try gak la nanti buat :)
Saya pon lebih suka daging berbanding ayam.. kene try nih..mcm sedapp dapp dapp jer... hihihi
ReplyDeleteWahhh, bole try ni.. Nampak mcm sedap sangat :)
ReplyDeleteAiyakkkk sume mengiurkan.. Sume memang kena ngan tekak sy..
ReplyDeleteTengok pun dah rasa sedapppp.
ReplyDeletenape nmpak lain dari kedai chan chan masakan cine muslim ni mopcik? hahaha..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️