Resepi Ayam Masak Kicap

January 18, 2017

Assalamualaikum,hai semua! Plan masak apa hari nie? Kadang tak tahu dah nak masak apa kan.Kak Sue semenjak dua menjak nie hari-hari masak, sebab anak dara suruh Kak Sue masak.Tak kisah lah goreng telur letak kicap pun, janji Ibu masak katanya.Rumah nie kicap memang antara bahan penting dan menjadi kesukaan kami.Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah dan ringkas.Ada banyak versi resepi Ayam Masak Kicap nie kan tapi Kak sue punya paling senang kut rasanya nak masak.Jom kita tengok resepinya jom..

resepi ayam masak kicap
Ayam Masak Kicap - Resepi mudah dan ringkas

Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan :
1/2 bahagian ayam - dipotong ikut kesukaan masing-masing 
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 mangkuk kecil cili kering
1 magkuk kecil kicap
2 sudu sos tiram
1 sudu gula
1 kiub ayam Knorr
1 biji lada bengala
Sedikit serbuk kunyit dan garam untuk mengoreng ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng


Cara-caranya : 
Gaul ayam dengan ayam dan kunyit,panaskan minyak dan goreng separuh masak atau garing mengikut kesukaan masing-masing,ketepikan
Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kering didihkan sehingga cili masak
Masukkan pula kicap,sos tiram,gula dan kiub ayam Knorr gaul sebati,biarkan mendidih sekejap
Kemudian masukkan ayam gaul sebati lagi
Akhir sekali masukkan bawang dan lada bengala,gaul rata
Sedia untuk dihidangkan..

Korang boleh cuba resepi lain kat sini tau Resepi Daging Masak Kicap




You Might Also Like

2 ulasan

  1. semalam pun masak ayam masak kicap nie,kena pulak dengan nasi panas-panas :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaa! Fav Nani ni. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.