Resepi Daging Masak Kicap

May 06, 2015

Assalamualaikum,berjumpa lagi kita di sini hari ini.Terima kasih pada kengkawan yang selalu datang singgah sini.Masak apa makan tengahari untuk family tersayang hari nie?Jenuh memikir ye hari-hari apa nak masak.Family Kak Sue jenis suka lauk pauk yang simple aje,jadi senang la sikit keje hakak nie kan..ehehehe..Untuk resepi hari nie Kak Sue nak kongsi resepi berasaskan daging.Lama dah tak masak daging nie,hari nie kita tukar selera pulak ye Daging Masak Kicap.Jadi seperti biasa jom lah kita tengok resepi daging masak kicap Kak Sue yang ringkas,mudah dan cepat..haaaaa..gituuu..!!

resepi daging masak kicap
Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Bahan - bahan :
1/2 kg daging batang pinang (di hiris nipis)
2 biji bawang besar (1 biji digunakan utuk di hiris bulat)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 camca besar kicap manis (Kak Sue guna cap Kipas Udang)
1 camca serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 cawan air
1 biji lada bengala
*sedikit daun Rosemary
*sedikit minyak
*sedikit garam dan bahan perasa

Cara - cara :
Kisar bawang besar,putih dan halia hingga hancur
Panaskan minyak,tumis bahan kisar tadi,kulit kayu manis dan bunga lawang.Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
Kemudian masukkan kicap manis,lepas tu masukkan daging dan satu cawan air tadi.
Masak daging hingga empuk dan kuah tu ikut selera memasing nak pekat ke atau berkuah.Kalau daging tu masih belum empuk,masukkan lagi sedikit air ye
Akhir sekali masukkan garam dan perasa mengikut kesesuaian rasa memasing la ye.Masukkan bawang yang di hiris bulat tadi dan lada bengala,kacau sekejap hingga bawang dan lada tu layu.Dah pun siap..

Selamat mencuba ye..jumpa lagi dengan resepi yang lain nanti..Papai..


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Assalammualaikum...

    sedap nyer lauk daging masak kicap nie... terasa lapar pulak. Nak gi sarapan nie...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..ehehe..boleh cuba resepi..mudah je tu..tq singgah ye.. :)

      Delete
  2. nyum nyum :)
    mudah nampaknya :D

    ReplyDelete
  3. Assalam akk..Nyumm nyumm.. sedapnyerrrr.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..Norjulaida nanti cuba tau resepinya..tq singgah.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.