Pekan Selasa

January 31, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie kat kampung Kak Sue ada pasar pagi,Pekan Selasa namanya.Hari nie hari selasa jadi nama pun Pekan Selasa.Pekan selasa nie macam pasar pagi kat tempat lain juga,cuma yang menarik perhatian Kak Sue bahagian jualan ulam - ulaman..rambang mata dibuatnya..


Pasar Pagi Pekan Selasa

Pasar pagi setiap hari selasa nie memang penuh dengan orang kalau musim cuti sekolah.Kadang sampai nak berjalan pun susah.Kak Sue lebih suka keluar awal pagi sebab kurang sesak dan panas.Kalau balik kampung,memang Kak Sue tak lepaskan peluang datang sini.Barang - barang jualan kat sini pun masih dalam kategori murah la juga.

Pekan Selasa nie macam Kak Sue pernah cerita kat sini sebelum nie,ada macam - macam jualan dan pilihan.Ada jual pakaian,kasut,makanan dan macam-macam lagi.Yang paling menarik perhatian Kak Sue jualan kuih muih dan ulam ulaman.Memang rambang mata sebab semua sedap dan murah.Satu ikat ulam boleh kita beli dengan harga RM1 tau.Murah kan..Pekan Selasa bertempat di Pekan Batu Kurau,dekat aja demgan rumah Kak Sue.Korang kalau datang area Taiping atau Batu Kurau jangan lupa singgah Pekan Selasa nie tau..konpem puashati dan nak datang lagi.Boleh la singgah rumah Mak Kak Sue sekali.Haaa..stop lah cerita pasal Pekan Selasa kali nie,jumpa lagi nanti ya..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. geramnya tengok sayur2 dgn ulam2 segar tu... :)
    puas hati nak memilih dan membeli kan.. hehehehee..

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.