Open Order Pati Kelapa Laut MAN JAVA 2017

kelapa laut man java,pembekal kelapa laut,kelapa laut

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue nak buat pengumuman sikit..ewah,pengumuman gitu!Kelapa Laut MAN JAVA dah open order untuk tahun nie kepada semua peniaga atau untuk yang nak minum kat rumah.Nak order sikit-sikit pun boleh,tapi kena kumpul order baru kami buat delivery ya..

Sebelum nie tak ada lah tak ambil order cuma hujung tahun biasa lah,musim hujan dan semua orang nak pakai duit untuk belanja sekolah anak-anak kan,jadi semua slow lah sikit.Ada juga yang baru nak mula niaga Abang Man nasihatkan mula selepas semua okay sikit maklumlah musim hujan nie niaga air sendiri mau ingat lah..huhuhu..
kelapa laut man java,pembekal kelapa laut,kelapa laut

Syarat dan Cara Order Kelapa Laut MAN JAVA


Suka Kak Sue nak ingatkan kat sini bagi yang baru nak berkenalan dengan produk kami nie setiap kawasan/pasar malam/pasar pagi atau pasar ramadhan hanya seorang peniaga dibenarkan berniaga.Bukan apa macam Kak Sue ulang banyak kali dah,pihak kami tak kisah pun berapa ramai nak berniaga satu kawasan,tapi jadi masalah pada peniaga yang kalau dalam satu tempat seorang kat depan lagi satu tapak kat belakang.Nanti ada yang tak berpuashati pula kan..

Bayangkan dalam satu pasar malam empat,lima orang berniaga produk yang sama termasuk produk dari pesaing kami,macam mana nak buat duit kan..Harap masing-maisng fahamlah apa yang cuba Kak Sue sampaikan supaya tak timbul masalah dikemudian hari.Kita masing-masing cari rezeki,kalau boleh tak mahu dalam mencari rezeki kita dapat lawan pula kan.Tak mo..tak mo..

Untuk order pula,pihak kami mengingatkan buat order seminggu lebih awal dari tarikh penghantaran.Buat kiraan lebih awal sehari nak guna berapa botol, nie untuk peniaga yang berpengalaman tau.Kalau peniaga baru kami akan bantu cara nak mulakan perniagaan air Kelapa Laut Man Java nie,macam mana nak setting dan nak buat order jangan risau okay..

Okay,itu saja untuk kali nie.Terima kasih kepada semua peniaga,kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa menyokong produk kami.Semoga tahun nie rezeki kita semua semakin bertambah dan memberi manfaat kepada orang lain,aamiin!Rezeki dikongsi bersama!


Man Java Enterprise
No Tel 
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️