Jalan - Jalan ke Menara Condong Teluk Intan Perak

January 21, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Tak habis lagi Kak Sue nak bercerita mengenai percutian pada musim cuti sekolah yang lepas.Tak ada lah hebat macam percutian kawan -kawan lain,tapi Kak Sue nak kongsi pengalaman Kak Sue jalan - jalan ke Menara Condong Teluk Intan Perak.Ini bukanlah kali pertama Kak Sue ke sini,entah yang ke berapa kali dah tapi masuk ke dalam Menara Condong Teluk Intan nie baru dua kali kut.Sebab,Abang Man asal orang Tanjung Keramat,Langkap kira tak jauh dari bandar Teluk Intan,jadi kami sekeluarga kerap juga kesini sebelum nie.Bila dah pindah ke Rawang,sesekali aja datang sini.Bila balik bercuti atau bila malam raya,memang meriah tau kat sini..


Cuti - Cuti Melawat Menara Condong Teluk Intan Perak


Menara Condong Teluk Intan nie kan adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan warga Teluk Intan.Pada masa dulu menara nie berfungsi sebagai jam dan tangki simpanan air untuk penduduk sekitar Teluk Intan.Sekarang menara nie hanya berfungsi sebagai jam dan dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.Apa yang menarik mengenai menara nie,ia serupa dengan Menara Pisa yang terletak di Itali.Jom kita cuci mata tengok gambar kat bawah..

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Sejarah tentang menara


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Ateh sekeluarga bergambar kenangan


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Kak Sue sekelaurag,Abang Man tak ada pulak masa nie


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Ustaz Kecik dengan gaya tersendiri..ehehe..
Masa kami datang sini orang ramai sangat.Tak ada bayaran yang dikenakan tapi kita kena tulis nama berapa orang dalam keluarga kita yang masuk ke dalam menara nie.Bahagian bawah ada seperti perigi tapi air macam cetek aja dan berpagar.Ruang tangga nak ke atas pula  agak sempit,jadi kena sabar dan tunggu giliran.

Kebetulan masa Kak Sue dan keluarga datang ada pengantin buat photo shoot..mesti cantik gambar kahwin depa kan..ehehe..Korang yang jalan-jalan ke Teluk Intan jangan lupa singgah Menara Condong Teluk Intan nie tau dekat aja dengan bandar dan semua kemudahan seperti masjid dan tempat makan.Jumpa lagi dalam cerita cuti- cuti Kak Sue lain kali ya...papai!



You Might Also Like

4 ulasan

  1. Dah lama tak mai sini. Dulu masa sekolah kat MRSM sana, time hujung minggu mesti lepak sini. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Last year sy sempat singgah sini kejap. 😍

    ReplyDelete
  3. x jauh sgt...tp xda masa nak pi...hurmmm


    kuronofu91.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah lagi sampai sini.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.