Jaga Kata - Kata

Assalamualaikum, hai semua! Kadang-kadang bila kita marah kita tak sedar apa yang kita cakap dan buat kan. Kita ikut kata hati dan perasaan marah kita tanpa berfikir adakah kata-kata kita tu akan menguris perasaan orang lain. Seharusnya kita jaga kata-kata kita sebab bila kemarahan kita dah mula reda, apa yang kita pernah cakap menguriskan hati orang lain akan kekal sampai bila-bila..


Dalam hidup kita nie mana pernah kita tak marah, merajuk atau sakit hati kan. Tapi jangan disebabkan benda tu semua kita tak menjaga kata-kata kita. Bagi diri Kak Sue lebih baik diam dulu untuk redakan suasana daripada kita terus biarkan situasi tu berpanjangan dan mengakibatkan keadaan menjadi lebih teruk. Apapun terpulang kepada pembawakan dan penerimaan masing-masing. Semoga kita sentiasa menjaga kata-kata kita sebab dengan kata-kata kadang kala boleh menambahkan dosa. Jumpa lagi, papai!

3 comments

  1. blog you ni lambat sikit untuk di buka.

    ReplyDelete
  2. sebab tu nabi pesan kalau marah ,diam dan ambil wuduk kan kak..huhuu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤