Hadiah Istimewa dari Seorang Kawan

January 16, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Beberapa hari lepas Kak Sue terima hadiah istimewa dari seorang kawan yang Kak Sue kenal melalui facebook.Tak sangka pula nak terima hadiah istimewa dari beliau.Sebelum nie Kak Sue memang suka tengok corak tudung yang beliau pakai,semua cantik-cantik.Memang kena dengan citarasa Kak Sue,terima kasih awak!

hadiah istimewa dari seorang kawan
Hadiah Istimewa dari Seorang Kawan - Cantik kan..

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan


Kak Sue bersyukur ditemukan dengan kawan-kawan sekeliling yang baik-baik belaka.Harap persahabatan dengan semua kawan-kawan akan berpanjangan sampai bila-bila.Walaupun kami kenal melalui facebook tapi persahabatan nie rasanya dah hampir enam atau lima tahun kalau tak silap Kak Sue,lama juga kan..

Kadang bila kita berkawan nie tak semestinya kena hari-hari nak berbual,janji doa kita sentiasa ada untuk mereka,InsyaAllah.Macam kawan Kak Sue nie kadang kami tak sempat pun nak bertanya khabar setiap hari cuma sekali sekala aja.Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas seharian,tak sangka pula beliau masih ingat tudung yang Kak Sue pesan belikan dulu rupanya beliau hadiahkan aja pada Kak Sue.Segan pun ada..ehehe..

Terima kasih awak..semoga persahaabtan kita berkekalan dengan baik dan diredhai Allah.Kak Sue doakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia,akhirat..aamiin ya rabb..Terima kasih sekali lagi..

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki yang memberi dan juga yang menerima.. cantik-cantik tudungnya..

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya.. Dah la semua pon cantik2 :)

    ReplyDelete
  3. semoga rezeki kwn kak sue tu berganda2 lg hendaknya.. cantik tu kak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.