Doa Ketika Belajar

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue selalu mengikuti perkongsian dari seorang ustaz nie iaitu Ustaz Muhamad Rizal Johari di facebook.Sebelum nie Kak Sue nampak perkongsian ilmu dari ustaz melalui perkongsian semula oleh kawan Kak Sue.Semakin lama seronok pula baca perkongsian dari Ustaz terus Kak Sue follow sebab nak add friend dah penuh lah pula.Banyak yang kita musykil atau tak tahu boleh rujuk pada Ustaz nie punya perkongsian tau..

Kali nie Kak Sue nak kongsikan Doa Ketika Belajar dari Ustaz Muhamad Rizal Johari.Beliau cadangkan anak-anak membaca dan mengamalkan doa tersebut.Jom kita tengok doanya ya..
DOA BELAJAR

Doa Memulakan Pembelajaran

Setiap kali anak-anak memulakan pembelajaran tak kiralah samada di kelas atau di rumah elok lah membaca doa yang Kak Sue kongsikan di atas.Dan setiap kali cikgu atau lecture masuk kelas untuk mengajar boleh mulakan dengan doa ini,sebelum anak-anak meneruskan pembelajaran mereka.

Kita cuba doa,usaha dan tawakal..nanti macam kata Ustaz kita bandingkan result anak-anak kita pada hujung tahun.Tengok macam mana kan,lagipun doa pun pendek aja untuk anak-anak hafal.Kak Sue pun nak cuba juga untuk anak-anak Kak Sue nanti nie,harap dapat beri mafaat pada korang semua juga ya..papai!

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian kak Sue..boleh share dengan anak2 nanti...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️