Cuti - Cuti ke Muzium Taiping Perak

January 18, 2017

Assalamualakum,hai semua!Korang pernah datang Taiping tak? Kalau belum pernah, kena datang tau kat Taiping.Ada macam-macam tempat yang korang boleh pergi jalan-jalan dan makan-makan kat sini.Cuti sekolah yang lepas Kak Sue berpeluang bawa keluarga Kak Sue dan keluarga Adik Kak Sue ke Muzium Taiping Perak.Lama juga tak datang ke Muzium Taiping nie,sejak beberapa tahun lepas kali nie terpanggil nak singgah bila dapat tahu ada pameran 3D kat sini

cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak

Muzium Taiping Perak Adakan Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan


Muzium Taping, Perak terletak tak jauh dari Taman Tasik,Taiping dan berada betul-betul depan penjara Taiping.Semua tempat menarik dekat aja dengan bandar jadi kita tak risau takut sesat ke apa kalau datang kesini.Kebetulan cuti sekolah hari tu pihak muzium ada buat pamera 3D,macam menarik aja kami semua sepakat singgah sekejap sebelum balik ke Rawang 

Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan nie bermula dari 15 septembar hingga 15 September 2017 jadi pada korang yang plan nak bercuti ke Taiping boleh lah singgah ke sini nanti tau.Harga tiket pun tak mahal dan ada kemudahan yang disediakan seperti Taman Permainan Kanak-Kanak (in dan out door), surau,tandas awam,tempat letak kereta dan kedai cenderamata. 

cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Nampak jinak katanya..ehehe..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris dan Sakinah


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Kemahin Abang Tihie dengan Abang menyembang..hahaha..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D -Ibu teman Adik sembang pulak..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak 


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak 


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Kereta Antik


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Adik Faris dengan kereta antik


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Bergambar kenangan with the girls


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Kami!
Waktu operasi Muzium Isnin hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Bayaran masuk pula dewasa sebanyak RM2, kanak-kanak bawah 12 tahun dan beruniform sekolah percuma, warga emas dan OKU RM1 dan warga asing dikenakan sebanyak RM5

Selain Muzium Taiping ada tempat menarik lain dekat kawasan situ seperti Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping ada macam aktiviti tau kat sini, Bukit Larut ,Taiping Equine Park,Galeria Pertama dan Burmese Pool Taiping,boleh mandi-mandi sejuk kan badan.Kalau bernasib baik datang musim durian boleh merasa Durian batu Kurau,haa..jangan tak tahu Kak Sue asal dari Batu Kurau tau..tak sombong punya..hahaha..Makan pula ada Yong Tau Foo Bomba,Kuew Teow Dolli,Laksa Larut Matang dan macam-macam lagi.Haaa..jangan lupa singgah Bandar Taiping,Bandar Warisan..jumpa lagi,papai!







You Might Also Like

2 ulasan

  1. Wahhh... Bestnya... Pernah sekali pergi sini... Itupun dah lama sangat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.