Cerita Janggut Dan Dahi

January 08, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Kali nie Kak Sue nak sembang satu tajuk yang menarik perhatian Kak Sue cerita janggut dan dahi.Rasa macam terkena kat diri sendiri pun ada,mungkin teguran Allah untuk Kak Sue kut..

Disebalik Cerita Janggut Dan Dahi


Cerita janggut dan dahi nie kebetulan diceritakan oleh Abang Man masa kami berbual dalam kereta sambil hantar order.Abang Man suka berkongsi dengan Kak Sue dan anak-anak kuliah agama kat masjid.Cuma kali nie Kak Sue terasa macam terkena kat diri sendiri..pedepang!

Ceritanya macam nie,penceramah tetiba suruh semua yang hadir kat masjid malam tu angkat jari telunjuk secara menegak dan halakan ke janggut sambil bertanya ini apa..?Tapi beliau yang tanya,beliau yang jawab sendiri pula,ini dahi!Terkejut lah semua yang hadir,ada yang jawab itu janggut lah.Penceramah tu pun menjawab,haaa..betul tu!Kenapa saya kata dahi tadi?Sebab bila dari mula kita ajar anak kita benda yang salah,tanpa kita betulkan maka kesalahan itu akan berterusan sehingga anak kita dewasa.Kadang part nie kita tak sedar kita dah mula buat silap kan..

Macam sekarang nie banyak masalah sosial remaja.Kita jangan pandang rendah atau terus tolak mereka ke tepi.Kena paham kenapa mereka jadi macam tu.Ada yang berpunca dari bercampur dengan kawan yang salah,terikut kawan dan kurang perhatian dan kasih sayang dari keluarga mereka.Tak adil lah kita nak label semua remaja bermasalah nie atas sebab yang Kak Sue sebut tadi kan,kadang ibu bapa dah bagi sepenuh kasih sayang tapi anak-anak ini masih juga macam tu..huhuhu..Mungkin teguran atau ujian dari Allah untuk kita sebagai ibu bapa..mana kita tahu..

Macam kata penceramah,kalau nampak budak melepak tepi jalan,kita lalu dan akan cakap apa nak jadi dengan budak-budak nie.Terok betul lah budak-budak nie..kalau dah sepuluh orang lalu cakap benda yang sama,dah macam doa pula.Cuba kita lalu tu kita doakan semoga mereka berubah lebih baik..semoga mereka mendapat hidayah..tak ke elok macam tu,kita pun dapat pahala..

Peranan kita sebagai orang sekeliling kita doaakan dan layan anak-anak ini dengan baik.Mana tahu Allah lembutkan hati mereka dan beri hidayah.Kita jangan anggap anak-anak yang bermasalah ini akan berakhir kehidupan mereka dengan benda yang tak baik,mana tahu lebih baik dari kita.Sapa tahu..Jadi bermula hari nie setiap kali Kak Sue nampak anak-anak yang bermasalah nie,Kak Sue doakan semoga Allah beri hidayah kepada mereka tak mau marah-marah lagi macam selalu dah.Rasa terkesan juga dengan cerita yang Abang Man sampaikan.Panjang lagi sebenarnya tapi berjela-jela pula kat sini kan.Nanti korang boring pula nak baca..nanti Kak Sue kongiskan lagi,jangan jemu singgah tau,papai!








You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.