Banjir di Batu Kurau

Assalamualaikum,hai semua!Baru sekejap tadi adik-adik Kak Sue berkongsi gambar dan keadaan di kampung Kak Sue melalui whatapss.Rasanya ini pertama kali banjir di Batu Kurau.Ada beberapa kawasan lain juga yang banjir di Batu Kurau tapi setakat yang Kak Sue tahu tadi Pekan Batu Kurau dan kawasan sekitar serta Batu 16 menghala ke Jelai.

banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Lokasi Pekan Batu Kurau

Banjir di Batu Kurau 


Kata adik-adik Kak Sue air mula naik sebelah petang tadi lagi.Kawasan rumah adik-adik Kak Sue pula agak rendah.Selepas magrib tadi air dah mula masuk rumah,kesiannya kat depa.Kelam kabut jugalah nak selamatkan barang


banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Kawasan dalam rumah


banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Kawasan depan rumah


Rasanya air tak adalah naik sangat,cuma kalau banjir nie tahu aja lah macam mana letihnya nak kemas dan bersihkan rumah.Harap keadaan rumah adik-adik Kak Sue akan pulih seperti biasa kejap lagi.Dengar cerita juga beberapa tempat di negeri lain pun ada yang banjir.Semoga semua dipermudahkan dan selamat hendaknya, aamiin ya rabb..!




Post a Comment

2 Comments

  1. alahaiiii tu la kak,family belah kelantan teganu pun update air dah masuk rumah,dok risau juga ni...semoga di jauhkan keluarga kita dari bencana.

    ReplyDelete
  2. Kat Kelantan pun banjir. Mudah-mudahan semuanya cepat pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️