Penapis Air Coway Memang Best

December 08, 2016


Assalamualaikum,hai semua!Sekarang di rumah Kak Sue pakai penapis air Coway,sebelum nie tengok kat rumah abang ipar pakai penapis air juga tapi brand lain.Masa sebelum puasa Kak Sue ada borak-borak dengan jiran,beliau cadangkan Kak Sue guna penapis air Coway kat rumah sebab banyak kelebihan dan kebaikannya.Rupanya penapis air Coway memang best,memudahkan kerja kita dan semesti air yang bersih..

Penapis Air Coway Servis Percuma

Yang bestnya servis percuma setiap dua bulan,tertakluk pada pakej yang kita beli tu lah kan.Jadi tak perlu lah kita susah-susah nak cuci sendiri.Setiap dua bulan pihak Coway akan hubungi Kak Sue untuk buat temujanji servis.Mereka akan telefon dulu sebelum datang dan yang datang servis kat rumah Kak Sue perempuan tau,jadi selesa sangat,buat kerja pun teliti dan bersih,memang puashati!Dah dua kali servis,dan masih orang yang sama..tak lama lagi boleh jadi kawan..ehehe..sebab beliau sangat baik dan peramah...rasa tak kekok pun ada kat dapur kita

Coway juga ada sijil halal jadi kita tak perlu risau kut ada bahan-bahan yang digunakan buat kita was-was kan.Asrama dan sekolah Adik pun pakai penapis air Coway nie tau.Senang ada penapis air Coway,sebab ada air panas,suam,sejuk dan suhu bilik,Jadi tak payah dah kita nak masak air bagai kalau ada tetamu datang.Nak minum air sejuk pun tekan aja dari mesin boleh terus minum.Cara pemasangan pun kemas,tak ada lah getah atau wayar berselirat kat sinki kita tu kan..
Haa..dah buka semua macam nie nampak rangka kat dalam,dan keluarkan tabung untuk cuci dan cek air sehingga bersih.Tabung pula akan ditukar setiap enam bulan..
Tengok,kotorkan air kalau tak pakai penapis air.Ini Kak Sue pakai kat luar juga tau penapis air,tapi brand Blondal yang panjang tu,yang Coway untuk dalam rumah.Kalau tak pakai tak tau lah macam mana rupa air nie kan..
Dah siap cuci dan servis semua,air pun dah bersih.Kemudian staff dari Coway akan cuci semua bersih penapis air dan tentukan tarikh untuk dua bulan akan datang.Mudah kerja kita tak payah nak cuci-cuci ada orang tolong buatkan.

Seboleh-boleh kita sediakan mesin penapis air macam nie kat rumah.Bukan setakat memudahkan kerja kita,tapi kita menyediakan air yang bersih untuk keluarga kita kan..kan..

You Might Also Like

3 ulasan

  1. sokong akak!! pnapis air ni memang terbaik, mak pun pasang kat kg!! memudahkan, tak payah susah2 nk letak air sejuk nak panas air,!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..ruang dalam peti ais pun jimat sebab boleh isi air jus atau air lain sebab air sejuk boleh terus minum dari mesin..

      Delete
  2. memang terbaik penapis dri coway

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.