Kek Batik ~ Air Tangan Anak Dara Ibu

December 07, 2016

kek batik,resepi kek batik

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah Kek Batik dari air tangan anak dara Kak Sue.Pertama kali Kakak cuba nak buat kek nie,Kak Sue suruh Kakak google resepi yang mudah dan buat semua sendiri dari mula.Ibu pantau dari jauh aja.Kakak memang minat dalam bidang masakan nie,tapi lebih kepada masak lauk pauk..

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,Kakak ikut jejak Abang Man memang sebelum kami berniaga Abang Man pernah bekerja tukang masak di hotel dan restoran sekitar Kuala Lumpur.InsyaAllah Kakak berhajat nak sambung pelajaran dalam bidang kulinari nanti..Ibu doakan semoga dipermudahkan urusan Kakak nanti ya.Jom kita tengok bahan dan cara membuat Kek Batik nie ya..

Kek Batik

Resepi Asal : Cerita Ibu
Bahan-bahannya
250gram buttercup
2 cawan serbuk milo
1 paket biskut Marie - dipatah-patahkan
1 tin susu - boleh kurangkan ikut selera masing-masing

Cara-caranya:
Cairkan butter dengan api sederhana
Masukkan susu dan gaul sebati
Masukkan milo dan kacau lagi,jangan bagi milo berketul
Kemudian padamkan api,dan masukkan biskut Marie
Gaul rata dan tuang ke dalam loyang yang dilapik plastik
Padatkan kek dan simpan dalam peti ais
Siap dah..keluarkan 30 minit sebelum potong
Selamat mencuba...







You Might Also Like

3 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.