Day #1 ~ Cabaran 7 Hari Blogging

Assalamualaikum,hai semua!Mari kita mulakan cabaran pertama..Kenapa buat blog?Jom kita sembang..

Day #1 ~ Kenapa Buat Blog ?


Memula Kak Sue buat blog sebab suka nak mencuba resepi dan kongsikan kat blog.Masa tu dalam tahun 2011 tengah gila mencuba resepi dari blogger masakan.Seronok tengok perkongsian resepi kat blog mereka ditambahkan lagi dengan gambar-gambar yang cantik memang rasa nak cuba tau.Lagi satu Kak Sue nie memang suka membaca dan menulis memang dari sekolah lagi.Bila dah ada minat tu,lebih memudahkan lah kan untuk ber blogging..Dan Kak Sue harap bila Kak Sue tak ada anak-anak dapat lah baca kenangan bersama keluarga yang Kak Sue kongsikan kat sini..

Selain pada tu,Kak Sue suka nak kongsi aktiviti harian dan aktiviti berniaga kecil-kecilan Kak Sue dan suami..Cuma masa tu cara penulisan memang tunggang langgang,gambar pun entah apa-apa..hahaha,malu pula kalau baca balik entri lama.Patutlah blogger atau photog marah betul kalau orang curi gambar mereka,ingat senang ka nak ambil gambar yang cantik..kena cukup pencahayaan,prop dan cara persembahan subjek.Kak Sue masih belajar bab ambil gambar nie..banyak lagi nak belajar

Selepas beberapa bulan kalau tak silap,Kak Sue berhenti menulis kat blog atas sebab kesibukkan kononnya!Sehingga lah Kak Sue join KBBA9 setahun lepas,Kak Sue aktif ber blogging balik.Terima kasih kepada founder KBBA9 Ben Ashaari dan juga family KBBA9 kerana berkongsi dan mengajar cara-cara menulis dan macam-macam lagi tips blogging.Sekarang pun masih belajar dan join kelas untuk mantapkan lagi cara penulisan dan tips blogging yang lain

Sekarang blog Shuhaida Kabdy menjadi salah satu penyumbang pendapatan perniagaan kecil suami Kak Sue,Abang Man iaitu Pati Kelapa Laut MAN JAVA dan Kedondong Asam Boi MAN JAVA.Alhamdullilah,setiap minggu ada saja permintaan dari pelanggan.Kalau tiba bulan puasa memang tak menang tangan dibuatnya.Syukur,Alhamdullilah!

Terima kasih Kak Sue ucapkan kepada kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah blog Kak Sue  yang tak seberapa nie ya.Semoga memberi manfaat kepada semua.Jangan jemu singgah lagi dilain masa,jumpa lagi..papai!





Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah .. Tahniah Kak sue ..teruskan usaha mantapkan blog kak sue..lya doakan kak sue akan terus berjaya dan maju ke hadapan..

    ReplyDelete
  2. ehem..ehem... hehehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️