Kit Kat Dan Hello Kitty

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue memang suka Kit Kat dan Hello Kitty, manis dan comel! Dua-dua ada daya tarikan tersendiri, tak dapat nak menolak, hihihi.. Sekarang kat pasar raya ada pack Kit Kat dan Hello Kitty lagi lah tak keruan jadinya. Kalau boleh nak ada koleksi peribai pack Kit Kat dan Hello Kitty yang terbaru nie..


Kit Kat Dan Hello Kitty 


Sebenarnya Abang, anak teruna Kak Sue yang mulakan beli Kit Kat kat rumah, Ibu pun tumpang sekaki dan tersuka tanpa sengaja la pulak! Sentiasa ada stok dalam peti ais kat rumah nie, kejap aja dah habis. Kadang masa update blog atau layan TV Kit Kat la peneman Kak Sue. Rasa ketagih pun ada, hahaha.. parah dah nampaknya sampai ketagih ya. Kak Sue memang suka makan coklat, tapi sekarang dah kurang sikit dari dulu mungkin faktor usia agaknya.. Apapun akhirnya dapat juga Kak Sue beli koleksi terbaru dari Kit Kat dan Hello Kitty..


Hello Kitty nie, Kak Sue suka tengok sebab comel sangat! Anak buah Kak Sue memang suka sangat dengan barang dari Hello Kitty nie. Siap ada koleksi baju, kasut, bag dan macam-macam lagi lah. Ini Kak Sue terjebak sama sebab nampak bekas yang comel-comel tak tahan pula dari rasa nak membeli dan kumpul. Dah rasa macam budak-budak, tapi aje lantak lah bebudak ka apa, dah suka kan. Bekas tu semua ada kegunaanya juga nanti, eceh sedapkan hati nie sebenarnya. Kadang Abang Man bising juga, katanya suka membeli, gunanya tak..


Kita tengok nanti sampai mana hobi baru Kak Sue nie kan. Korang kalau tau kat mana tempat ada jual Kit Kat kat mana-mana dengan harga murah dan Hello Kitty silalah bagi tau nanti ya, kalau kena dengan hati dan usia (sedar pula diri ya) hahaha..mesti nak beli! Setakat nie dulu korang.. papai!





Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️