Aiins Halal Kimchi Homemade ~ Sedap!

November 16, 2016

Assalamualaikum,hai semua!Sekarang nie sana-sini orang dok bercerita pasal drama Korea la,rancangan hiburan korea la..macam Running Man tu,Kak Sue pun layan juga tau..ehehe...Sampai bila part makanan depa,nampak sedap sangat kan,tapi pastikan yang halal lah.Kak Sue teringin nak rasa Kimchi,sebelum nie ada cuba buat,tapi Kak Sue seorang aja makan.Nak buat jenuh juga lah,nak rendam nak potong bagai kan.Baru-baru nie nampak kawan blogger Aiin Baharom kongsikan jualan beliau Aiins Halal Kimchi macam teringin,terus Kak Sue order laju-laju..
AINS HALAL KIMCHI,KIMCHI,KIMCHI HALAL


Kimchi Bahan Utama Masakan Korea

 

Kimchi bahan utama masakan Korea yang lain,seperti Kimchi Bokkeumbap dan Kimchi Gook  dan lain-lain lagi.Kimchi nie macam sejenis salad juga,diperbuat dari nappa canbage atau kobis putih panjang tu Kak Sue panggil kobis cina.Tak tau macam mana boleh dapat nama tu,sebab memang dari dulu panggil dengan nama tu.Kemudian kobis diperap dengan garam beberapa jam atau seharian dan dicampur dengan sayur segar yang lain macam lobak,lobak putih,daun bawang dan serbuk cili.Kemudian boleh lah kita simpan dalam peti sejuk,tahan lama tau..

Korang mesti tertanya-tanya macam mana rasa kimchi nie kan..ada rasa pedas,masin dan ranggup,Kak Sue suka sangat,sedap tau!Buat permulaan nie,masak makan dengan maggie dulu nanti baru cuba dengan makanan lain pulak kan..Nanti kalau ada resepi yang ada Kimchi Kak Sue kongsikan kat sini ya..
AIINS KIMCHI HALAL,KIMCHI,KIMCHI HALAL

Haaaa..nie ha tak sabar dah nak rasa Kimchi Homemade Aiin nie,Kak Sue masak manggi campur sayur,telur dan cili padi last sekali letak kimchi kat atas.Bila makan kacau sikit kimchi tu biar bercampur dengan kuah manggie,memang sedapppp!Bila dah rasa gigitan pertama tu,wah gigitan pertama kauuu..hahaha..rasa nak lagi dan lagi.

Kalau korang nak cuba atau teringin nak makan kimchi yang halal,boleh lah laju-laju hubungi Aiins kat sini ya Aiins Halal Kimchi ada tester pack lagi bagi korang baru nak mencuba makan kimchi nie..Selamat mencuba,papai!


You Might Also Like

5 ulasan

  1. tak pernah rasa..sedap eh..tgk mi tu terliur plak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi selera Kak Sue sedap,nanti masak maggie letak sayur banyak-banyak..yummy!Ehehe..

      Delete
  2. Tak pernah lagi rasa.. tapi nak cuba..

    ReplyDelete
  3. sedapnya..belum tempah lagi

    ReplyDelete
  4. Tq akk...bg feedback dan review...murah rezeki akk..amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.