Adik Demam Campak La Pulak...

November 10, 2016

Assalamualaikum,hai semua..Sebelum nie memang dah diberitahu ada anak-anak di asrama Adik dah mula demam campak dan sakit mata.Kak Sue dah mula risau takut berjangkit pada Adik,tetiba semalam dapat call dari asrama yang Adik dah mula ada tanda berjangkit demam campak...hmmm..kesian anak Ibu..
DEMAM CAMPAK

Semalam sampai di rumah,Abang Man terus periksa badan Adik.Nampak dah naik bintik-bintik merah dibelakang badan,tangan dan muka.Sah dah...kata Abang Man esok kita pergi klinik ya,Adik angguk perlahan.Badan tak berapa panas,tapi Adik macam mengaru aja..gatal lah tu,risau aja takut malam tak dapat tidur..tapi Alhamdullilah Adik lena hingga ke pagi..

DEMAM CAMPAKKak Sue tak pasti dah berapa hari Adik kena demam campak nie,tapi pagi nie macam nampak lebih banyak bintik-bintik kat badan.Abang Man bawa Adik ke klinik berdekatan rumah Kak Sue Poliklinik Dr.Jamil dan Adik diberi cuti lima hari,ubat makan dan ubat untuk sapu.Ingat nak ikhtiar cara tradisional juga,bagi minum air kelapa dan mandikan dengan air daun bambu...petua orang lama untuk keluarkan semua panas dan bintik-bitik tu dan hilangkan kegatalan..Kita cuba kan..

Risau juga takut berjangkit dengan Kakak,sebab Kakak tengah exam nie kan..Harap biarlah sampai Kakak habis exam sebab katanya demam nie memang berjangkit kan.Ibu doakan Adik cepat sembuh ya nak dan Ibu harap tak berjangkit pada Kakak,Abang tak apa sebab dah nak cuti sekolah nie..Ibu akan jaga anak-anak Ibu dengan kasih sayang..jangan risau ye..Allah bagi kita sakit sebab nak gugurkan dosa kita tau..

You Might Also Like

8 ulasan

  1. insyaAllah kakak sihat sampai abis exam.. kdg2 tak jangkit jugak kak sue.. tgk ketahanan badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ita..tu la,harap tak berjangkit lah kan..

      Delete
  2. kak sue, moga cepat sembuh yaa... adik rehat tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ta Nani..aamiin!Itulah demam macam tak demam,aktif aja nie..

      Delete
  3. Adik semoga lekas sembuh ye...risau ibu...kakak selamat menduduki peperiksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Juju,aamiin!Itulah lagi tinggal beberapa hari lagi nie nak habis exam..

      Delete
  4. alaaa kesian nyaaa. cepat baik ya dik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.