Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim di Puncak Jalil

Assalamualaikum,hai semua..Kak Sue berkesempatan ke Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim  yang terletak di Puncak Jalil,Seri Kembanga...

Assalamualaikum,hai semua..Kak Sue berkesempatan ke Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim yang terletak di Puncak Jalil,Seri Kembangan.Restoran nie menyediakan menu masakan cina muslim dengan pelbagai pilihan yang menarik.Rasanya pertama kali Kak Sue merasa masakan Cina Muslim nie kut...


Masakan Cina Muslim

Sebelum nie Kak Sue belum pernah cuba masakan cina muslim.Memang teringin lah nak merasa kan dan kali nie Kak Sue berpeluang makan kat sini.Restoran nie menyedia makan tengahari dan malam.Bermula 12 tengahari sehingga 3 petang,kemudian 4.30 petang hingga 10.30 malam.Dibuka setiap hari dan bercuti pada hari isnin.

Masakan Cina Muslim Kak Sue tengok lebih kepada makan laut,memang kegemaran Kak Sue sekeluarga lah.Semua lauk pauk dan sayur yang dihidangkan nampak segar dan sedap belaka..Jom kita tengok menu yang ada kat sini..
Kak Sue paling suka dengan menu Siakap Thai Style ada rasa pedas dan masam mangga yang dihidangkan sekali dengan ikan tu..
Black Pepper Crab nie pulak rasa yang lain dari yang lain buat kita rasa nak makan lagi dan lagi..sedap tau!Nanti kalau datang sini jangan lupa order menu nie ya..pasti tak menghampakan..
Yang nie pula Butter Prawn pun sedap juga bagi peminat udang..
Pandan Chicken ayam yang diperap dibalut dengan daun pandan dan digoreng,pun sedap..untuk anak-anak mesti depa suka..
Crab Meat Seafood..Haaa yang nie pun Kak Sue suka,semua suka lah senang..hahaha,sedap juga yang nie..hirup kuah saja pun boleh..tak payah makan nasi dah kalau Kak Sue..ehehe..
Sayur kegemaran Kak Sue nie Broccoli And Asorted Mushroom sedap dan fresh ada pilihan sayur yang lain juga tau sayur Kobis dan Siew Pak Choy tapi Kak Sue pilih yang nie

Untuk selera Kak Sue secara keseluruhan makanan kat sini semua sedap-sedap.Ada bermacam pilihan menu lagi yang boleh kita rasa kat sini.Korang jangan lupa ya singgah sini tau,tepi jalan sederet dengan My Mydin dan KFC.Kalau nak senang waze aja mesti jumpa,nanti Kak Sue bagi alamat kat bawah ya..Selamat mencuba dan menjamu selera,papai!

Blue Ginger Restoran Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan Selangor
No Tel : 012 2102710
Facebook


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Kak Sue, black pepper crab sedap ehh...?? Ok, lain Kali dtg Nina nak order..
    TQ kak

    ReplyDelete
  2. Siakap thai style tu mmg sedap, suka sgt makan dgn hirisan mangga tu

    ReplyDelete
  3. salam lama tak singgah sini sampai blog kak sue pon dah berwajah lain

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa butter prawn tu...terliur pulaksss..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.