Resepi Kerabu Mangga

October 27, 2016

Assalamualaikum,hai semua.Masa balik kampung hari tu Mak Kak Sue buatkan Kerabu Mangga untuk makan tengahari.Sedapnya lah makan nasi dan meratah kerabu mangga yang Mak buat,nie tetiba rasa teringin nak makan dan buat sendiri pulak.Kak Sue lelaju telefon Mak Kak Sue tanyakan resepi..Lagipun mangga tengah berbuah lebat nie rumah..
KERABU MANGGA

Resepi Kerabu Mangga Mak


Resepi Kerabu Mangga Mak Kak Sue,mudah dan ringkas aja nak buat.Mak Kak Sue kalau buat kerja nak cepat siap,tak suka lambat-lambat terhegeh gitu.Sebelum zohor memang makanan tengahari siap dah semua.Siap tiga,empat jenis lauk pauk lagi..Bahan-bahan nak buat pun tak banyak,tapi sedap tau...Jom kita tengok resepinya ya..

Kerabu Mangga
Bahan2nya:
3 biji mangga muda
1 biji bawang besar
14 biji cili padi
2 sudu gula
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

Caran2nya:
Hiris nipis mangga,bawang besar dan cili padi
Masukkan semua bahan yang dihiris nipis tadi kedalam bekas
Kemudian masukkan gula,sos tiram dan garam secukup rasa
Gaul sebati,sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba ya...



You Might Also Like

6 ulasan

  1. Faveret cn ni, mmg xtgk kiri kanan klu jmpa ni πŸ˜‰

    ReplyDelete
  2. Huaaaa favourite!!! Nanti nak buat. Lama tak makan kerabu mangga

    ReplyDelete
  3. Allah gambo pun sedap ni kak sue. Cane ni :(

    ReplyDelete
  4. tiba-tiba ade air liur meleleh...

    ReplyDelete
  5. saya sangat suka dengan mangga ,

    ReplyDelete
  6. Suka kerabu mangga sedap..nk buat tp xde sos tiram. Nt ubh sket resepi akk boleh tak? Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.