Rawang Burger Bakar Lain Dari Yang Lain

October 05, 2016

Rawang Burger Bakar
Assalamualikum,hai semua.Sebenarnya tak plan pun nak datang makan-makan di Rawang Burger Bakar nie.Kebetulan Adik anak bongsu Kak Sue dapat pelepasan cuti ziarah keluarga sebelah Abang Man.Jadi bila dah ada anak-anak semua,kakak Abang Man pun ajak kami singgah makan sini sebelum balik ke rumah masing-masing,maklum lah dah penat kan berjalan jauh.Makan siap-siap kat sini balik rumah tinggal rehat dan tidur..

Sebelum nie memang dah biasa dengar Rawang Burger Bakar nie,memang top jugak lah sana sini orang bercerita.Kak Jam,kakak Abang Man memang selalu dah datang sini.Cuma Kak Sue dan keluarga  belum ada kesempatan nak singgah dan merasa,jadi kali nie dapat lah kami merasa apa yang istimewa sangat kat sini..


Rawang Burger Bakar Terbaik

Sampai aja Rawang Burger Bakar nie,kami disambut dan dilayan baik oleh staff kat sini..best!Cepat ja ambil order..tak ada lah kita tertunggu-tunggu kan..dah la tengah lapar..ehehe..Tengok menu kat sini nama-nama burger semua unik lain dari yang lain tau...ada Burger Ombak Rindu,Madu Tiga,K-Pop dan macam-macam nama unik yang lain dari yang lain..

Selain buger ada masakan goreng panas kat sini,boleh pilih nak makan burger atau masakan panas..tapi dah dah datang Rawang Burger Bakar harus lah nak order burger kan sebab burger kat sini tak sama dengan tempat lain.Okay jom lah kita tengok apa yang kami order..tapi ada yang tak ambil gambar pun sebab masing-masing dah lapar..ehehe..
Rawang Burger Bakar,KLCC Burger Bakar
Nahhhh..Burger Bakar KLCC yang nie kalau makan untuk dua orang pun boleh..tinggi dan ketebalan daging burger tu memang jenuh la kalau nak habiskan..
Rawang Burger Bakar,Hot Shot Burger Bakar
Yang nie Burger Bakar Hot Shot siap tapau lagi untuk Adik makan kat rumah
Rawang Burger Bakar,Nasi Goreng Ketam Burger Bakar
Adik lapar sangat,jadi order Nasi Goreng Ketam untuk Adik,sedap dan banyak tau sorang makan tak habis pun..kat sini portion memang banyak tau,kalau untuk keluarga Kak Sue siap boleh kongsi lagi..


Bagi Kak Sue Rawang Burger Bakar terbaik!Memang sedap,daging pun tebal,puas makan.Rasa sangat berbaloi dengan harga.Rawang Burger Bakar yang Kak Sue singgah nie di Wangsa Maju.Dekat aja dengan Wangsa Walk,belakang lorong Burger King.Kawasan sini memang banyak kedai makan,restoran nie tepi sekali.Buka setiap hari kecuali isnin,dari 7 malam hingga 2 pagi..Nanti kalau datang area Wangsa Maju jangan lupa singgah tau,papai!


Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5
53300 Setapak 
Kuala Lumpur



You Might Also Like

3 ulasan

  1. ya Allah sedapnyaaa.. terliur tengok

    ReplyDelete
  2. Memang terbaiklah burgernya....terliur betul...

    ReplyDelete
  3. Besarnya burger itu. Sedap lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.