Mat Bulat Meatball Memang Sedap

October 18, 2016

Assalamualaikum,hai semua.Kak Sue memang suka dengan meatball dan ada ternampak post kawan di facebook tentang Mat Bulat Meatball nie tadi,macam sedap aja tengok.Teringin nak rasa,betul ke sedap sangat..Kalau sedap nanti boleh beli lagi,kalau tak sekali nie aja lah..ehehe..Balik hantar order Kelapa Laut Man Java terus Kak Sue ajak Abang Man singgah stall Mat Bulat Meatball,ramai juga yang tengah menunggu..
MAT BULAT MEATBALL


Mat Bulat Meatball Memang Sedap


Meatball Mat Bulat nie ada beberapa pilihan set tau.Kak Sue pilih yang besar sekali Quater Kilo ada 10 biji meatball,roti dan mash potato dengan harga yang sangat berpatutan RM11.90 sahaja.Lama juga tunggu order siap sebab ramai kan yang datang beli kat sini.Nak rasa punya pasal sanggup tunggu tau...
MAT BULAT MEATBALL
Akhirnya siap dah order Kak Sue,tak sabar nak rasa bau sos pun dah buat rasa lapar.Sos yang digunakan untuk meatball nie ialah brown sos dan di bungkus asing cheese sos untuk kita siram kat atas meatball nanti.Meatball pun memang terasa daging,tak macam sesetangah kita beli kat tempat lain tu kadang tak rasa daging,tepung aja banyak..keciwa kan!Mash potato pun sedap sangat,lain dari yang lain rasa tak cukup pulak beli satu set aja...Nak kena beli lagi nie nanti.

Kalau ikut tekak dan selera Kak Sue memang sedap Meatball Mat Bulat nie.Kira setanding dengan rasa meatball kat restoran yang mahal tau.Pada korang yang tinggal kawasan Bandar Tasik Puteri,Rawang boleh singgah stall mereka berhampiran Sekolah Agama Rakyat As Sadiqin untuk kawasan lain pun ada boleh tengok kat sini Burger Bakar Abang Burn.Selamat mencuba ya..

You Might Also Like

4 ulasan

  1. nad ingt nk buat sendiri..daging korban ade lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Tergodanya tengok meatball mcm ni. Haishhh

    ReplyDelete
  3. sedapnya meatball tu,,,terliur petang2 ni..mai dtg follow kaksu juga...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.