Gotong Royong Masak Bubur Asyura

October 13, 2016

Assalamualaikum,hai semua.Bila tiba bulan Muharram kebanyakkan dari kita mesti ada yang buat Bubur Asyura kan..Sebenarnya tak ada lah wajib kena buat pun,cuma lebih kepada terasa teringin nak makan aja Kak Sue nie.Kebetulan masih di kampung,jadi kami sekeluarga gotong royong masak Bubur Asyura dekat rumah Mak Kak Sue
GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA


Gotong Royong Masak Bubur Asyura Adik Beradik


Pagi-pagi lagi Mak dah siapkan bahan-bahan untuk masak Bubur Asyura.Ya lah nak mengacau bubur nie makan masa juga,Kak Sue pun petang nanti dah nak balik ke Rawang dah.Tup-tup sekejap aja masa kalau balik rumah Mak nie..rasa tak puas lagi nak berborak dan makan makanan Mak masak

Kesian pula dok menyusahkan Mak,tapi nasib ada Ateh dan anak dara juga anak-anak buah yang tolong kacau sama-sama...tapi Mak tu biasa lah mana nak duduk diam,join kami jugak kacau sama-sama..seronok!Sambil kacau Bubur Asyura sambil berborak tak ada terasa lama sangat masa tu kan...hihihi..
GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA
Masa mula-mula kacau Bubur Asyura nie senang aja,bila dah pekat sikit tu yang kena hati-hati takut berkerak dan berketul kat bawah kuali.Bila dah mula pekat nak kena guna tenaga tangan juga lah,dan nak kena cepat supaya tak berketul,masa nie yang berpeluh ketiak nie..kahkahkah..Sampai terlangga-langgar sudip lah..

Kemudian bila dah nampak lebih pekat dan berkilat boleh lah masukkan bahan-bahan seperti kacang merah,kacang hujau dan jagung.Nak masukkan bahan lain lagi pun boleh tapi Acik tak suka banyak bahan sangat jadi masukkan tiga bahan nie cukuplah.Bila dah bergaul semua boleh lah angakat dan masukkan dalam talam atau bekas.Sejukkan dulu,lepas tu boleh lah kita makan.Terima kasih ya Mak Ateh dan anak-anak...lain kali kita main masak-masak lagi ya...Tunggu kami balik!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. sedapnyeee..tapiii kan pestaim tengok bubur asyura warna kekuningan gtu..hee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.