Air Tangan Mak Memang Terbaik

October 12, 2016

Assalamualaikum,hai semua.Kalau balik kampung Kak Sue nie,Mak mesti sibuk nak masak macam-macam.Dari sarapan pagi sampai lah minum petang,ada yang Mak akan masakkan untuk kami sekeluarga dan adik beradik yang lain.Kak Sue pun apa lagi,memang berselera lah makan,air tangan Mak memang terbaik kan..
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK


Air Tangan Mak Memang Terbaik


Biasanya untuk menu makan tengahari lah yang paling meriah.Menu lauk pauk semua lauk kampung,memang kena selera kami sekeluarga.Abang Man selalu cakap,kalau balik rumah Mak Batu Kurau tak tahu mana satu nak makan sebab banyak sangat lauk pauk,tapi memang Abang Man akan makan bertambah-tambah lah.Kalau duduk sini sebulan,mau naik badan..ehehe..

Menu hari pertama Kak Sue balik kampung Mak masak Masak Lemak Batang Lambok kesukaan Kak Sue.Batang Lambok nie macam keladi,tapi bukan keladi.Boleh buat ulam juga tau,rasa ranggup aja.Tiap kali Kak Sue balik Mak mesti masakan menu nie..Terima Kasih Mak..selalu ingat setiap makanan kegemaran anak-anak,baik menantu atau cucu,semua Mak ingat.Mak ada juga masak menu lain lagi,jom kita tengok air tangan Mak untuk kali nie..
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Menu feveret Kak Sue Batang Lambok Masak Lemak
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Menu feveret Mak Gulai Ikan Kayu
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Kerabu Mangga...sedap gila!Ratah-ratah aja,nanti Kak Sue kongsikan resepi dari Mak ya
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Yang ini menu wajib kalau makan kat rumah Mak,Ulam-ulaman dan Sambal Belacan..Rumah sendiri tak ada geng makan ulam..huhuhu

Haaa,sedap kan semua menu masakan kampung Mak Kak Sue nie.Sapa lagi nak puji Mak sendiri kan..ehehe.Siapa yang pernah rasa masakan Mak,mesti setuju dengan Kak Sue air tangan Mak Kak Sue memang terbaik!Sebenarnya semua air tangan Mak di seluruh dunia memang terbaik kan..takan sama dengan masakan orang lain

Terima kasih Mak masakkan sedap-sedap untuk kami sekeluarga,terubat rindu nak rasa masakan Mak.Orang doakan Mak sentiasa dalam rahamt dan lindungan Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat..aamiin ya rabb..!Sayang dan rindu Mak Selalu,nanti kami balik lagi tau..Jaga diri Mak baik-baik..

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.