Tiba - Tiba Sampai Ke PD..

September 17, 2016

kelapa laut man java,kelapa laut,pembekal kelapa laut
Assalamualaikum,hai semua..Hari nie Abang Man ada delivery order untuk beberapa tempat tapi kami pos mengunakan bas aja macam selalu di Terminal Bas Bersepadu (TBS).Dari rumah pun agak lewat,biasa lah bila anak-anak cuti nie masing-masing siapkan barang sekolah dan kerja rumah dulu sebelum keluar.Nanti balik penat-penat rumah semua dah siap kemas kan tak ada la kita rasa serabut tengok rumah kan..huhuhu..
Selesai buat delivery order kalau sempat kami sekeluarga plan nak ke majlis kenduri kawin kawan niaga Abang Man.Tengok waktu dah agak lewat,tapi kata Abang Man kita pegi ajalah tunjuk muka dah orang jemput kan..jadi kami pun ke Dengkil,Selangor.Sampai kat sana majlis pun dah selesai tapi pihak tuan rumah tetap melayan kami dengan baik dan mesra siap ada door gift lagi,terima kasih ya tuan rumah.Dah selesai makan kat sana,kami dah tak tau mana arah tuju,nak balik rumah rasa macam boring aja.Kata Abang Man kita ikut ajalah mana rasa hati nak pergi..eceh boleh pulak gitu ya..hahaha..

Tak ada plan,tak ada apa..tetiba ja kami dah sampai ke Port Dickson.Dalam perjalanan tadi suasana jalan pun agak sesak lah jugak,Kami berhenti kejap solat jamak di masjid area situ,Kak Sue pun tak pasti kat mana.Selesai solat,kami berpusing-pusing ikut Waze tak tau nak kemana..dah la malam kan tak nampak sangat papan tanda ke apa campur lagi dengan letih dalam perjalanan yang agak lama tadi..lost world jadinya ehehe..
Port Dickson,Pantai Saujana
Kami ke kedai makan Cowboy seperti yang dicadangkan oleh kawan-kawan,sekali tutup lah pulak walau masih awal lagi waktu tu.Dah putus asa mencari sana sini kami singgah ke Pantai Saujana ramai juga orang kat situ.Kebetulan pasar malam pula,jalan agak sesak dengan kereta yang parking di tepi-tepi jalan.Kami berehat sekejap kat sini,suasana memang meriah dengan khemah-khemah pengujung yang membawa keluarga masing-masing sempena cuti sekolah...Abang Man plan nanti bila anak-anak cuti sekolah hujung tahun nie,boleh lah bercamping kat sini..tentu seronok..

Sebenarnya banyak tempat tempat menarik kat PD nie,cuma mungkin dah lewat malam dan kami sekeluarga keletihan.Nak bermalam pun Kak Sue rasa tak selesa sebab sehelai sepinggang aja kan.Tak sangka pulak tiba-tiba sampai ke PD nie hari nie...Mungkin lain kali Kak Sue dan keluarga plan cantik-cantik untuk datang bercuti ke sini lagi..Papai!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.