Koleksi Buku Cerita Seram

September 21, 2016

Koleksi buku cerita seram,buku cerita seram,cerita seram
Assalamualaikum,hai semua..Koleksi buku cerita seram Kak Sue bertambah lagi.Sebelum nie kan Kak Sue pernah bagitahu kat sini koleksi buku cerita seram Kak Sue hilang tanpa dikesan,jadi Kak Sue nak mulakan balik kumpul koleksi nie.Asal nampak buku cerita seram yang berkenan kat hati Kak Sue beli lah menambah koleksi balik..ehehe..

Kak Sue sebenarnya penakut orangnya tapi memang dari dulu minat sangat dengan cerita seram.Kalau ada kawan atau keluarga bercerita pasal cerita seram memang kusyuk aja mendengar,tak toleh mana dah..lepas tu mulalah takut dan terbayang - bayang..Tambah kalau baca buku dari koleksi Tamar Jalis ..mak haiii.. dia punya seram tu macam kita yang melalui kisah dalam cerita beliau tu kan..Siap meremang bulu roma tau kadang-kadang..

Koleksi buku cerita seram nie Kak Sue beli online aja.Terjumpa tanpa sengaja,tengah belek- belek di satu Instagram nie berkenan pula dengan tajuk bukunya.Kak Sue beli dua buah buku yang bertajuk Hospital dan Lebuh Raya.Dalam buku nie ada berbagai kisah seram mengenai kedua-dua tajuk yang dikongsi oleh berlainan individu..

Kak Sue belum mula baca lagi buku nie,tengah cari masa yang sesuai..kalau sorang-sorang kat rumah,tak beranilah Kak Sue..hahaha..Tunggu ada orang kat rumah baru baca atau temankan Abang Man hantar order,boring menunggu boleh lah isi masa dengan membaca buku nie kan..Kalau korang berminat nak beli buku - buku cerita seram boleh lah tengok kat Instagram @nurdillazaini nie ya..atau ke mana-mana kedai buku berdekatan.Selamat membaca,jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiii...papai!

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Huisss jarang-jarang lea baca buku seram.. nampak menarik.. kene baca ni.. hehee follow kak sue.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue suka baca,tapi takut..Tq Lea sudi follow Kak Sue ya..selamat berkenalan :)

      Delete
  2. Hehe. Saya Memang tidak suka baca buku seram sebb saya cukuo penakut. Baca pagi, malan nanti tidur termimpi2.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.