Ziarah Adik

Assalamualaikum semua,hari nie hari yang ditunggu-tunggu..Hari nie Ziarah pertama Kak Sue dan family ke sekolah Adik.Selalunya Kak Sue curi-curi jumpa Adik,tapi kali nie kami diberi masa selama dua jam setengah menghabiskan masa bersama..seronoknyaaa!!Dari malam tadi dah teruja dan tak sabar nie nak peluk Adik puas-puas..rinduuuuu!
Pagi-pagi lagi Kak Sue dah siapkan barang makanan yang akan di bawa untuk Adik..Kali nie Adik minta masakan Spagetti Olio kegemaran Adik,buah dan juga sedikit makanan ringan..Sampai saja di sekolah Adik,semua pelajar dah siap sedia menunggu keluarga masing-masing..Tak lama menunggu nampak kelibat Adik datang ke kereta memandang dewan makan sedang di ubahsuai.Jadi kami makan-makan dalam kereta aja kebetulan hujan renyai..tak ada lah panas sangat hari tu..hujan rahmat sebenarnya kan..ehehe..
Alhamdullilah Adik nampak sihat dan ceria..sambil berkongsi cerita kat asrama.Seronok dan puashati tengok Adik makan bertambah,sambil bergurau dengan Abang dan Kakak..macam nie lah kalau dah jarang berjumpa baru tahu erti rindu..huhuhu..kalau tak ada yang nak disakat Adik tu..Masa berlalu sekejap aja rasanya,sebelum tamat masa Ziarah kami sempat bawa Adik keluar membeli barang keperluan Adik di pasaraya berdekatan.Kak Sue lega bila tahu Adik berada dalam keadaan yang baik,sihat dan selesa di sekolah baru nie..Semoga Adik sentiasa dalam lindungan Allah,dijauhkan dari segala perkara buruk dan diterangkan hati selalu..sayang Adik sehingga ke Jannah..aamiin ya rabb..!Hingga bertemu lagi aktiviti Ziarah lain kali..papai!

Post a Comment

0 Comments