Resepi Sup Kentang Telur

August 24, 2016

Assalamualaikum,hai semua..hari nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah lagi..asyik resepi mudah aja semua ya..kahkahkah!Ya lah Kak Sue suka buat kerja cepat dan mudah,kira bila anak dan suami balik dari sekolah atau kerja semua dah siap sedia..Makanan dah siap masak,rumah dah kemas dan kain baju semua dah tersidai..kira settle semua kerja rumah menjelang zohor..wah gitu!Kak Sue jenis tak suka tanguh atau kumpul kerja,mesti kena siapkan on time setiap hari.Kecuali kalau ada hal,terlambat sikit tak apa lah kan..Okay hari nie resepi Sup Kentang Telur.Senag gila resepi Sup Kentang Telur nie tau..

Kadang kita nie jemu dengan lauk pauk yang bersantan,lauk daging ayam kan..rasa sesekali nak makan yang simple aja.Kadang lauk yang simple nie lah yang buat kita makan bertambah dua tiga pinggan tau..ehehe..Kena pulak dengan gandingan lauk tu,,hmmm sedap tak kira!Okaylah jom lah kita tengok resepinya..

resepi sup kentang telur
Sup Kentang Telur

Resepi Sup Kentang Telur

Bahan-bahannya :
2 biji telur
2 biji kentang - dipotong kecil mengikut kesukaan korang
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 kiub ayam Knorr
Sedikit daun sup dan daun bawang
Minyak untuk menumis
garam dan air secukupnya

Cara-caranya :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi
Kacau sehingga naik bau dan cili masak
Masukkan air,agak-agak nak kuah banyak mana
Kemudian masukkan kentang,biarkan empuk
Setelah kentang empuk boleh kuib ayam Knor dan garam secukup rasa
Akhir sekali pecahkan telur dan tutup api..dah siap
Boleh la taburkan daun sup dan bawang dan dihidangkan panas-panas

Selamat mencuba,papai!


You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.