Sayur Tumis Tempe Mudah dan Ringkas

August 03, 2016

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue kongsi resepi mudah dan cepat sangat.Kalau macam tak dan nak masak tu balik kerja atau nak cepat ada kerja lain bolehlah cuba resepi Kak Sue nie ya..Resepi campak-campak kata orang..tak ada nak ikut beria sangat resepi selalunya Kak Sue nie.Kalau sayur tumis nie resepinya lebih kurang aja..yang membezakan bahan dalam sayur tu aja kan..jom la kita intai resepi Kak Sue yang mudah gila nie..ehehe..

Sayur Tumis Tempe
Bahan-bahanya:
1 peket tempe - di potong kecil,digaul dengan garam dan kunyit
1 batang Karot - di potong kecil
1 ikat kacang panjang - di potong kecil
1 biji bawang besar - di hiris halus
3 biji bawang putih - di hiris halus
1 inci halia - dihiris halus
10 biji cili padi - dihiris halus
1 kiuh ayam Knorr
1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk  mengoreng dan menumis
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Goreng tempe separuh masak atau garing - ikut kesukaan,ketepikan
Tumis bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau
Masukkan air tadi,biarkan mendidih kejap
Kemudian masukkan karot biarkan empuk barulah masukkan kacang dan tempe
Masukkan kiub ayam Knorr dan perasakan dengan garam
Kacau rata kemudian tutup api,boleh lah dihidangkan pans-panas

Selamat mencuba ya,senang sangat..papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.