Resepi Sayur Tempe Masak Lemak Putih

August 08, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah dan cepat Sayur Tempe Masak Lemak Putih..Sayur lemak kalau dilawankan dengan ikan masin atau telur masin memang terangat,nak pula kalau ada sambal belacan dan ulaman..jangan kata mak mertua lalu,pak mertua segala ipar duai lalu pun tak sedar dah..melampau betui ya..kahkahkah!Punyalah nak bagi tahu betapa sedapnya kan..Okay lah,sebelum Kak Sue merapu dengan lebih jauh marilah kita tengok apa bahan yang ada dalam resepi campak-campak Kak Sue nie ye, Sayur Tempe Masak Lemak Putih..jommm!

resepi sayur tempe masak lemak putih
Sayur Tempe Masak Lemak Putih

Sayur Tempe Masak Lemak Putih

Bahan-bahannya:
1 bungku tempe - dipotong kecil dan digoreng
1/2 biji kobis - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dipotong kecil
6 batang kacang kelisa - di potong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 biji santan parut - ambik santannya
1 kiub pati ikan bilis Knorr
sedikit garam

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan yang dikisar kedalam santan
Masak bahan tadi sehingga mendidih - sila kacau perlahan-lahan
Kemudian masukkan tempe dan sayur-sayuran tadi
Akhir sekali masukkan kiub pati ikan bilis Knorr dan garam secukup rasa
Tutup api,tapi jangan berhenti kacau tau bahan tadi supaya santan tak pecah minyak
Kacau sehingga satu atau dua minit,kemudian boleh lah dihidangkan..

Selamat mencuba ya,papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.