Resepi Sayur Tauge Tumis

August 25, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah yang amat..hamboi kemahin ayat ya,hahaha..Resepi Sayur Tauge Tumis,rasanya semua orang pun tau kut resepi nie,tapi Kak Sue saja aja kongsi kat sini buat tatapan anak-anak Kak Sue atau pada sesiapa yang baru-baru belajar nak masak.Kak Sue dulu pun bukan pandai sangat masak,sekarang pun masih belajar tapi Kak Sue banyak google resepi atau cuba resepi yang kawan-kawan di facebook kongsikan resepi.Jadi boleh lah masak sikit-sikit untuk keluarga kan.Macam Sayur Tauge Tumis mudah dan ringkas aja resepinya,kejap dah siap!

Ada juga resepi yang Abang Man suami Kak Sue yang ajar,sebab Abang Man bekas tukang masak kan.Abang Man kata kalau masak jangan ikut resepi sangat,ikut rasa kita aja..kalau macam Kak Sue nie memang nak kena rujuk resepi kalau pertama kali cuba masak sesuatu resepi tu,tak pandai nak agak kan..Kalau yang mudah dan biasa kita masak tu tak apa lah..Okay lah jom kita tengok bahan dan cara masak ya..

resepi sayur tauge tumis
Sayur Tauge Tumis - Ringkas dan mudah

Sayur Tumis Tauge

Bahan-bahannya:
Tauge - agak-agak untuk hidangan sekeluarga
2 ketul tauhu - potong kecil dan goreng separuh masak
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi dikisar - dikisar
1 kiub ayam Knorr
minyak untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar tadi sehingga masak
Kemudian masukkan sedikit air dan kiub ayam Knorr,kacau sehingga sebati
Masukkan pula tauge dan tauhu yang telah di goreng 
Kacau sebentar,masukkan garam secukup rasa
Kacau lagi dan tutup api..siap!

Selamat mencuba.papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Dah la Tauge ni Fiqqq punya Fav. Hehehe. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.