Resepi Ais Krim Choki - Choki

Assalamualaikum semua,sekarang nie memang di mana-mana tengah top kan ais krim choki-choki .Anak dara Kak Sue pun tak berkecuali juga m...

ais krim,ais krim choki-choki
Assalamualaikum semua,sekarang nie memang di mana-mana tengah top kan ais krim choki-choki.Anak dara Kak Sue pun tak berkecuali juga mencuba resepi nie yang dikongsi oleh adik Kak Sue Acik Tikah.Bukan setakat cuba aja,siap niaga terus lagi..ehehe.Kata Kakak nak cari duit poket sendiri,anak dara Kak Sue yang seorang nie memang pandai simpan duit tau..bukan nak puji anak sendiri,dah kenyataan..hahaha!Apa yang dihajati semua guna duit sendiri..Baru Kakak tau menghargai dan sayang barang sikit kan..Alhamdullilah sambutan sangat mengalakkan..Okay jom Kak Sue kongsikan resepinya senang aja..

Ais Krim Choki - Choki
Bahan-bahannya :
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
4 tin air
sedikit garam
Choki choki

Cara-caranya :
Masukkan semua bahan tadi
Kacau sehingga sekata dengan api yang kecil
Biarkan sehingga mendidih,kemudian tutup api
Kemudian biarkan sejuk sekejap,nanti boleh bungkus dalam plastik airkrim 
Masukkan choki-choki dulu dalam plastik aiskrim,dan picit ikut kesukaaan masing-masing.Anak dara Kak Sue kadang buat corak-corak sikit
Kemudian masukkan bancuhan tadi,ikat ketat dan sejukkan siap dah senang aja kan 

Selamat mencuba..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. dah lama nk try aiskrim tu. hehe. tak terbuat lg. terliur da ni tngok kak shu buat..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.