Kerja Sebagai Surirumah

Surirumah Pun Bekerja... Assalamualaikum hai semua,kadang kerja sebagai surirumah pun kena ada cuti jugak tau..Kalau kami surirumah ...



Surirumah Pun Bekerja...


Assalamualaikum hai semua,kadang kerja sebagai surirumah pun kena ada cuti jugak tau..Kalau kami surirumah nie bekerja dari celik mata sehingga lah waktu nak tidur nanti,pendek kata celik je mata,kerja...kerja..kerja!Korang ingat untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih cukupkah dengan sekali kemas..berkali - kali oiii..!Nak pulak yang ada anak kecik,dia punya letih..ya ampunnn!Belum bab masak,hari-hari nak fikir apa menu untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang..

Semua Kak Sue dah lalui dah..cuma sekarang ada masa lebih untuk diri Kak Sue sikit dan kerja pun dah mudah sikit,anak-anak dah besar kan..kita kena ajar anak berdikari dan tolong buat kerjarumah sama-sama..Sepatutnya kan,sepatutnya lah..kami diberi cuti sehari dalam seminggu,macam kerja - kerja lain juga.Kami  juga memerlukan masa untuk rehat dan masa untuk diri sendiri tanpa gangguan kerja rumah..eceh..ehehe..

Kalau kita berkerja tempat lain,kalau sakit boleh kita ambik mc kan.Surirumah?Penat dan sakit macam mana pun masih kena siapkan kerja rumah.Bagi yang suami yang memahami atau anak-anak dah besar,lega lah juga.Kalau anak-anak yang masih kecil kena juga kita buat walaupun kita tak sihat.Kalau dapat suami jenis memahami dan bertanggungjawab membantu Alhamdullilah,dapat yang tahu semua siap..hmm sendiri mau ingat lah kan..huhuhu..Kita yang tengok nie pun naik letih,apa lagi tuan badan..bertabah la ya..

Cuma disini Kak Sue nak ingatkan diri sendiri dan korang semua yang berkerja sebagai surirumah,surirumah lah pekerjaan yang paling mulia,sebab bukan senang tau nak mengendalikan seisi rumah dengan kerja rumah dan anak-anak.Kena ada emosi yang kuat dan tabah.Kita doa yang baik-baik sahaja hokay,Insyaallah semoga balasan syurga untuk kita semua samada yang berkerja surirumah atau yang berkerja bagi membantu kewangan keluarga..Chaiyokkk,jumpa lagi..papai!

Kredit gambar : Sue Haida

You Might Also Like

1 ulasan

  1. salam...
    nieyl jenjalan pagi sini.. ♥
    betul² setuju sgttttt...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.