Resepi Ikan Masak Asam

August 12, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie sebenarnya tak ada idea dah nak masak apa..Bukan hari nie aja,memang setiap hari tak tau nak masak apa..Kak Sue pun semenjak dua menjak nie memang tak ada selera sangat nak makan.Fikir punya fikir nak masak menu yang dah lama Kak Sue tak masak Ikan Masak Asam.Cuaca panas macam sekarang nie,memang sesuai masak menu Ikan Masak Asam nie tau,kalau ikut selera Kak Sue lah.Ikan tu tak kisah pun ikan apa,ikan masin pun boleh letak tau..Jomlah kita tengok resepinya ya..

resepi ikan masak asam
Ikan Masak Asam

Resepi Ikan Masak Asam

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan temenung - di goreng
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan air satu setengah cawan
1/2 kiub ikan bilis Knorr
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dijhiris halus
12 biji cili padi - dipotong kecil dua atau tiga bahagian
2 tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng dan menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Tumiskan bahan yang dihiris dan daun kari sehingga naik bau
Masukkan cili padi,kemudian air asam jawa
Biarkan mendidih sebentar,masukkan kiub ikan bilis Knorr
Akhir sekali masukkan ikan,garam dan gula secukup rasa
Tutup api,dah siap dah..

Selamat mencuba ya,mesti makan bertambah-tambah kalau ada lauk nie..ehehe..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Kecur air liur tengok ikan masak asam ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.