Resepi Daging Goreng Berempah

August 28, 2016

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie..?Hari nie Kak Sue nak masak resepi yang Kak Sue nampak di fecebook,yang di kongsi oleh sepupu sebenarnya tapi resepi tu bukan beliau yang punya,beliau pun share orang punya..ha gitu,faham  tak?Kalau tak faham abaikan lah aja..kita terus ke menu yang akan Kak Sue masak hari nie ya,hahaha pening pulak nak fahamkan ya,konon nak bagi tahu kat mana resepi nie Kak Sue dapat.Resepi Kak Sue hari ini ialah Daging Goreng Berempah tapi dah siap semua bahan sekali serbuk kurma dah expired date pula,makanya pepandai lah Kak Sue adjust nak siapkan juga menu nie..Nak keluar ke kedai malasnya ya rabbi,jadi guna lah apa yang ada kat dapur.Jom lah kita tengok bahan-bahan resepi Daging Goreng Berempah nie ya..

resepi daging goreng berempah
Daging Goreng Berempah

Daging Goreng Berempah

Sumber Resepi : Zurin Aryasha Arnaa
Bahan-bahannya:
1 kilo daging - direbus sampai empuk 
5 ulas bawang kecil - Kak Sue guna 1/2 bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci kunyit hidup - Kak Sue guna sedikit serbuk kunyit - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 keping asam keping 
2 sudu rempah kurma - Kak Sue guna serbuk rempah Briayani Babas
Bawang besar,cili padi dan cili besar -di potong halus
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar,daging dan serbuk kurma
Masak sehingga kering dengan api sederhana
Kemudian masukkan asam keping,bahan perasa,bawang besar,cili padi dan cili besar
Masak sehingga kering dan naik minyak
Kemudian tutup api,boleh dihidangkan dengan nasi panas

Selamat mencuba,papai!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Sedapnyaaa...esok balik KL nak cari daging laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap resepi nie nanti cuba tau.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.