Blog Berwajah Baru

August 26, 2016

Assalamualaikum semua,Kak Sue memang ada niat nak tukar header dan design blog Kak Sue sebenarnya..Dari sehari ke sehari dok memikir header apa yang sesuai untuk blog dan usia Kak Sue nie.Sebelum nie geng KBBA ada borak mengenai template blog,gambar,penulisan dan macam-macam lagilah yang boleh menarik pembaca ke blog kita..Jadi Kak Sue rasa dah tiba masa tukar semua ke wajah baru ..eceywah..

Kak Sue memilih template dan konsep yang sangat simple dan nampak kemas..tak mau warna-warna dan bunga-bunga sangat,biar kemas dan konsep putih bersih..wahh gitu,ehehe..tapi masih menekan ciri masak memasak di header Kak Sue,sebab Kak Sue kan suka kongsi resepi-resepi Kak Sue jadi nak ada juga sikit ciri-ciri ke situ..Semua ini dengan hasil bantuan geng KBBA Izzati Suhaide ..memang puashati sangat,Zatie pun banyak membantu dan amat sabar dengan kerenah Kak Sue yang macam-macam nie..maafkan akak ye Zatie..hahaha.. pening Zatie ye nak melayan..

Harap lepas nie lebih rajin dan semangat Kak Sue nak update blog hari-hari ya..tapi terus terang Kak Sue bagi tau korang,suka sangat dengan blog berwajah baru nie tau.Kemas dan rasa ringan...tak adalah bila orang datang jalan-jalan blog Kak Sue berat dan loading lama..nanti orang tak nak dah singgah lain kali kan..Pada korang yang rasa nak tukar blog ke header ke atau buat banner boleh lah hubungi Zatie nanti ya..Terima kasih Zatie..muahh!

You Might Also Like

18 ulasan

  1. cantik dan kemas. busyra suka blog berwajah putih. :)

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..sama2 kak sue...lega sangat bila kak sue suka..semoga terus maju jaya yer kak sue.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zatie..suka sangat.. :)

      Delete
  3. Wahhhh cantik laaa blog kak sue skarang, sukaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nani..Kak Sue pun sukaaa!!hahaha..

      Delete
  4. cantik and kemas kaler putih. my fav kaler ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Vanilla..me to :)

      Delete
  5. cantik kak template baru. simple . lepas ni traffic pun laju la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ubai..itulah memang nak buat simple aja..InsyaAllah..ehehe..

      Delete
  6. Simple & kemas..sedap mate memandang.. :)

    ReplyDelete
  7. Simple ena suka!! Loike loike!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ina comey.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.