Kemas Rumah Tak Habis-Habis..

Assalamualaikum semua,tak berapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.Kak Sue masih dengan rutin harian kemas rumah tak habis-habis...Rasa penat sangat tahun nie bila mengemas rumah walaupun Kak Sue ada ambil pembantu.Mana tak penat,Kak Sue jenis susah nak puashati kalau orang lain yang buat..baik tak payah ada pembantu kan..
Setiap hari tiba hari raya nie,Kak Sue buat spring cleaning ..ewahh!Semua almari baju,kabinet dapur Kak Sue punggah habis,kemudian lap bersih-bersih dan susun semula.Nasib lah ada Kakak anak dara Kak Sue yang rajin membantu..bukan nak memuji anak sendiri,tapi Alhamdullilah Kakak banyak sangat meringankan tugas Kak Sue dan Abang Man..sayang Kakak ketat-ketat!
Bayangkan lah malam kami sekeluarga nak balik kampung pun Kak Sue dan Kakak masih belum siap kemas rumah.Sikit lagi nak siap..sikit tak sikit pun semua settle hampir ke waktu bersahur.Kak Sue suka kalau nak kemana-mana,mesti tinggalkan rumah dalam keadaan kemas dan bersih.Jadi bila kita balik dari kampung atau mana-mana tak lah serabut kepala tengok rumah yang tak terurus kan..
Akhirnya siap juga hari nie kai mengemas rumah dan dah ready nak balik kampung.Pastikan rumah berkunci dan beritahu jiran yang tak bercuti,kita bercuti beberapa hari di kampung bolehlah jiran tengokkan kan rumah..ehehe..Selamat hari raya semua dan selamat sampai ke destinasi masing-masing...papai!!

2 comments

  1. cantik dan kemas je rumah...suka...betol tu kalau nak pi memana suka bereskan ape yg patut dulu baru la hati tenteram skit...

    ReplyDelete
  2. cantik terang je ruang tamu kak sue ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤