Jamuan Raya Bersama Keluarga

July 17, 2016

Assalamualaikum,tahun nie Kak Sue dan Abang Man dah sepakat tak ada buat open house macam tahun yang tahun-tahun sudah.Kata Abang Man tak seronok pulak Adik anak bongsu Kak Sue tu tak ada sekali..Memang lain kalau Adik tak ada,sebab Adik yang selalu menceriakan suasan dengan keletah dia tu..tapi bagi yang nak datang beraya Kak Sue sentiasa aja Open House Kak Sue okay..ehehe..


Bersama Anak dara Kak Sue yang seorang ini..tinggi dah ngalahkan Ibu..

Ateh adik Kak Sue yang paling rajin tak boleh dok diam,ada aja kerja nak buat..

Acik adik perempaun bongsu..kami panggil Puan Pengarah..kahkahkah..

Walau macam mana pun tahun nie Mak Kak Sue dan adik-adik tetap datang beraya ke rumah Kak Sue.Walaupun tak cukup lengkap sebab Abah,Abang dan adik lelaki Kak Sue ada yang tak dapat datang,tapi tetap meriah bila berkumpul bersama keluarga.Bila dah buat makan dan meriah macam nie tak sedap pula tak jemput jiran tetangga dan kawan-kawan yang dekat kawasan rumah Kak Sue..jadi jemput lah jugak yang dekat-dekat tu..

Keluarga Kak Sue sampai pun dah agak lewat malam,dah siap makan sambil rehat apa lagi segmen menyembang yang tak habis-habis sehingga ke pagi..seronok betul suasana macam nie..tidur pun dah tak tau pukul berapa,tau-tau dah azan subuh..ehehe..naik pening kepala-kepala tapi seronok punya pasal abaikan aja rasa sakit itu..ecehh..hahaha..


Menu wajib kami tak kira rumah Mak atau rumah Kak Sue sendiri,Laksa Batu Kurau!Ada juga kami masak nasi dengan lauk pauk kampung yang simple untuk makan bersama keluarga aja..tak dan nak snap gambar.Sibuk dok melayan kawan dan keluarga memang tak pegang sangat handphone..alasan lagi!ehehe..

Apapun Kak Sue ucapkan terima kasih kepada Mak dan Adik-adik yang sudi datang dari jauh nun Batu Kurau beraya ke rumah Kak Sue.Juga untuk kawan-kawan dan jiran yang sudi singgah..maaf lah tahun nie memang tak plan nak buat makan-makan meriah sangat cuma nak meraikan keluarga,kawan dan jiran sekitar rumah aja.Terima kasih semua..semoga tahun depan ada rezeki lagi untuk Kak Sue meraikan tetamu  ya..papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.