Homemade Ais Krim Abang ~ Sedap!

July 20, 2016

Assalamualaikum semua,kalau hari tu ada Kak Sue kongsikan bisnes kecik Kakak,hari nie Kak Sue nak kongsikan bines kecik Abang anak kedua Kak Sue.Boleh katakan semua anak-anak Kak Sue cenderong minat berniaga,cuma Kakak yang nampak paling ketara..Abang nie suka mencuba,semua benda Abang nak cuba dan paling memeranjatkan Abang nak buat homemade ais krim ..macam tak percaya aja rasa..ehehe..Patut lah gigih Abang cari barang,sibuk tanya barang baking Kak Sue kat dapur yang Abang nak guna..

Apapun kak Sue dan Abang Man sentiasa menyokong aja apa yang anak-anak minat nak cuba atau buat cuma jangan lah melanggar hukum kita sebagai orang islam dan adat kita sebagai orang melayu..itu saja.Okay jom lah Kak Sue kongsikan resepi yang Abang google dari internet,kepada empunya resepi Kak Sue mintak halal dunia akhirat resepi nie ya..terima kasih sangat..

Ais Krim Vanila
Bahan2nya:
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu kecil Esen Vanila
1 sudu besar Ovellte

Caran2nya:
Masukkan susu pekat,kemudian susu cair pukul sehingga sebati
Kemudian masukkan telur diikuti esen vanila dan ovellette
Pukul sehingga 20 minit
Tutup mixer dan masukkan bahan tadi ke dalam bekas lain dan simpan ke dalam tempat beku peti ais
Siap dah,mudah aja kan,kalau nak perasa lain boleh aja masukkan aja masa kita tengah pukul tu ya..Selamat mencuba,papai!


You Might Also Like

1 ulasan

  1. Lama tak buat ais krim sendiri. Teringin pulak nak buat. Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.