Giliran Raya ke Tanjung Keramat Pulak..

Assalamualaikum semua,raya ketiga dah.. jom balik Tanjung Keramat pula.Setiap tahun memang beginilah giliran Kak Sue dan Abang Man.Cuma tahun nie dapat merasa lebih lama sikit beraya di kampung Kak Sue memandangkan Mak tak berapa sihat...Selalunya raya kedua dah balik ke Tanjung Keramat.Kampung Abang Man raya masih meriah walau dah beberapa hari kita meyambut hari raya,meriah dari pagi sehingga ke malam.

Berlainan dengan kampung Kak Sue,paling lewat pun petang,dan raya ketiga dan seterusnya dah macam hari biasa,makan kuih sambil tengok TV aja kat rumah..sebab tu Mak Kak Sue kalau raya pertama dan kedua tak ada di rumah,melawat sanak saudara sementara Kak Sue dan keluarga masih beraya di kampung..

Alhamdullilah,walaupun jalanraya agak sesak tapi Abang Man cari cara lain nak elak dari menempuh kesesakan...apa lagi ikut jalan lama lah kan...Jalan lama nie walaupun masih banyak kereta tapi dapat bergerak dan terkawal tak ada lah sampai tak bergerak langsung..huhuhu..Kami sekeluarga selamat sampai agak lewat juga.Penat dan mengantuk jangan cakaplah bila berjalan jauh,lepas tu nak tempuh kesesakan nie.Jadi marilah berehat,esok kita sambung masak-masak dan beraya lagi ya..papai!


No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤