Gerai Chef Man di Man Java Corner

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi gerai baru di depan rumah Kak Sue.Kira selang beberapa khemah aja dari gerai burger Abang Man.Kami planning nak buka beberapa gerai kat sini dengan beberapa rakan Abang Man,bagi meriah sikit yang penting kita jaga kebersihan dan tak menganggu lalu lintas.Ada beberapa menu yang dijual oleh kawan Abang Man yang pernah bergelar Chef satu masa dulu di Goft Club Bandar Tasik Puteri,Rawang.Kalau dah Chef yang masak,kita tahu lah rasa macam mana kan..sangat mementingkan kesedapan dan penyediaan makanan itu sendiri..wah gituu..ehehe...






Kak Sue berkesempatan mencuba set Cucur Udang dan Sup Tulang di gerai beliau..pada tekak Kak Sue memang rasa puashati,sedap semua terasa.Sekarang nie Kak Sue antara pelanggan tetap beliau.Di buka setiap pukul 2.00 petang sehingga 12 malam.Kalau korang nak rasa kesedapan menu yang ada kat sini,boleh la singgah di gerai tepi jalan Blok 29,Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri,Rawang..pasti puashati punyalah..jangan lupa singgah ya,papai!

No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤