Bila Sue Melawat Sue..

Assalamualaikum,hai semua..masih dalam bulan Syawal jadinya kita masih lagi meraikan hari perayaan selama sebulan kan.Setiap minggu ada saja jemputan rumah terbuka sana,sini..Kak Sue kadang tak plan mana-mana sebab takut tak dapat nak pergi kalau jemputan ke luar KL..tau aja lah kalau dah masuk bandar jamed tak ingat.Patut boleh sampai beberapa minit jadi beberapa jam pulak..ehehe..pergi yang mana mampu aja,yang tak dapat memenuhi undangan tu minta maaf banyak-banyak ya..

Kali nie Kak Sue menerima kujungan raya dari geng KBBA Sue Izza..terharunya bila ada kawan dari jauh sanggup datang ziarah raya.Kebetulan Sue Izza nak beraya rumah sepupu yang berdekatan rumah Kak Sue nie..jadi singgah la sekali.Kadang bila masa macam nie la dapat berbual panjang dan berkenalan dengan lebih dekat.Selalu kalau berjumpa di mana-mana event masing-masing sebok dengan kerja,jadi bila nak berbual tu masa terhad..

Sue Izza merupakan AJK dan orang penting dalam KBBA nie sejak sekian lama.Selalunya apa yang berkaitan KBBA Sue Izza lah yang akan update dan membantu geng baru macam Kak Sue nie kalau ada pertanyaan atau apa masalah mengenai kerja kami..Dalam KBBA sebenarnya tak digalakkan mengelar orang baru atau lama,cuma Kak Sue hormatkan Sue Izza sebagai orang yang dah lama bersama KBBA..Terima kasih Sue kerana sudi singgah rumah Kak Sue,tahun depan datang lagi ya..tahniah juga tak lama lagi akan melahirkan buah cinta yang pertama..eceh..semoga dipermudahkan semua urusan ya,salam sayang semua..papai!

Post a Comment

0 Comments