Adik Melangkah ke Tempat Baru

Assalamualaikum semua,hari nie Adik bakal melangkah ke tempat baru.Rasa masih baru Adik bercuti bersama kami sekeluarga,rasa tak puas lagi bermanja dengan Adik.Tambah pula pada bulan Ramadhan Kak Sue dan Abang Man agak sibuk menguruskan perniagaan kecil kami..tapi tak apa lah berpisah dengan Adik demi kebaikan Adik,dunia dan akhirat..Alhamdullilah Adik di terima masuk ke salah sebuah sekolah agama di Bukit Kapar Klang.
Kak Sue bersyukur Adik masih istiqomah dengan jalan yang Adik pilih sendiri dari mula.Adik nampak bersedia dan ceria macam biasa cuma manjanya tetap tak hilang,ehehe.Walaupun Abang gagal temuduga hari tu,tapi Kak Sue redha dan mendokan apa sahaja jalan yang Abang pilih selagi tak melanggar hukum agama.Bak kata Ustaz Firdaus jangan kita membezakan anak-anak kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.Kita tak akan tahun masa yang akan datang nanti,sebab masa masih panjang untuk mereka..sebak hati Ibu mendengarnya..maafkan Ibu Abang..tak ada niat sedikit pun Ibu membezakan cuma Ibu inginkan yang terbaik untuk diri dan bekalan Abang bila Ibu tiada nanti..
Semoga Adik sentiasa diterangkan dan ditenangkan hati selalu..sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah ditempat baru.Doa dan redha Ibu sentiasa bersama Adik,Abang dan Kakak..Ya Allah jagakan mereka untukku..aamiin ya rabb..



Post a Comment

0 Comments